DALIA menarik lafaz lega selepas menyiapkan laporan yang diminta oleh Encik Hadi. Bekerja di bawah pimpinan seorang ketua yang kadang kala cerewet melampau membuatkan kepalanya pening. Nasiblah dia sudah hadam dengan segala kemahuan, rentak dan cara kerja bapa muda itu. Kalau diikutkan semasa awal-awal dia bekerja sebagai personal assistant Encik Hadi, boleh dikatakan hampir setiap hari dia dilanda stress. Air mata yang mengalir belakang cerita. Banyak kali dia menimbang tara untuk berhenti kerja. Namun, dia kuatkan juga hati. Dia bertabah. Setelah lama, baru dia sedar Encik Hadi tidaklah seteruk yang dia bayangkan.
Encik Hadi sebenarnya seorang majikan yang bertimbang
rasa. Marah dan tegurannya semua bersebab. Itu Dalia akui. Jika tidak, masakan
dia kekal di situ setelah hampir tiga tahun? Sudahlah kacak dan manis dengan
janggut sejemputnya itu. Ramai yang makan hati bila Dalia rapat dengan Encik
Hadi. Nasib baik Dalia setia dengan Zarif. Hik hik hik...
Dalia tepuk dahi. Asyik memuji bos sendiri dia terlupa
janjinya pada Zarif. Lekas-lekas dia simpan fail yang perlu dia serahkan kepada
Encik Hadi pada awal pagi esok ke dalam laci. Dia lihat jam. Sudah menunjukkan
pukul 6.00 petang. Ruang kerja kelihatan lenggang. Hanya terdapat beberapa
orang rakannya yang masih tekun mengadap komputer masing-masing.
Setelah berpamitan dengan rakan sekerja, Dalia menuju ke
lif. Telefon bimbit di dalam beg diambil. Dia lihat ada beberapa missed call
dan juga mesej daripada Zarif. Dalia tekan kotak mesej.
Are you done? Saya datang sekarang.
Saya ad kat lobi. Belum siap, ya?
Awak blm habis kje ke?
Sorry, Lia. Ada call, urgent. I have to go. Saya cuba
call tapi awak x angkt. So sorry.
Mesej yang terakhir buat Dalia tersedar. Zarif dah pergi.
Mesti dah lama Zarif menunggunya. Dia salahkan dirinya yang terlalu asyik
sangat sampai tak perasan waktu yang bergerak. Padahal, boleh aje kalau dia
sambung kerja tu di rumah. Dia cuba menghubungi Zarif namun tidak berhasil. Dia
hantar sekeping mesej meminta maaf kepada Zarif. Harap-harap Zarif tak marah,
huhuhu..
Sudahnya, Dalia menapak keluar daripada Bangunan Teguh.
Pagi tadi, dia ke pejabat dengan abah. Myvi kuningnya meragam macam baby minta susu.
Langsung masuk klinik. Entah esok atau lusa baru boleh jumpa lagi.
Dia baru sahaja mahu menelefon abah untuk datang
menjemputnya bila sebuah kereta mewah elok aje berhenti betul-betul di
depannya. Dia berganjak ke tepi. Mana tau si pemilik sedang menunggu buah hati.
Tiba-tiba sahaja dia dengar namanya dipanggil. Dalia
mencari arah. Positif. 100% tepat. Macam mana dia tahu nama aku? Macam mana dia
boleh tahu aku kerja kat sini? Siapa lelaki ini? Mafia mana ni?
“Come in. Now!” Dia yang memakai ray ban, membuat isyarat
agar Dalia segera masuk ke dalam perut keretanya. Dalia bergerak setapak ke
belakang. Kiri dan kanan serta belakang dia melihat. Mana tahu ada Dalia lain
di situ.
“I’m talking to you la, Dalia.”
Dalia tunjukkan jari pada dirinya. Sekadar kepastian.
“Saya?”
Lelaki itu mendengus geram.
“Siapa lagi kalau bukan you. Cepatlah, ingat I ni
bodyguard you ke?”
“Kenapa pulak saya nak kena ikut cakap awak?” Dalia
buat-buat berani. Manalah pulak pak cik guard ni pergi? Waktu kecemasan gini
boleh pulak seorang manusia pun takde kat sini?
“Cepatlah. I ada sesuatu nak discuss dengan you.”
“Bincang apanya? Kita bukan ada urusan pun.”
“Hish, degil betullah perempuan ni.” Lelaki itu
menghampirinya. “Cepat masuk dalam kereta. Sekarang.” Tegasnya.
“Apa pulak paksa-paksa saya?”
“Apasal you ni banyak songeh sangat? I ada benda nak
bincang dengan you. Tapi bukan kat sini. Faham?”
“Kalau betul pun, cakap ajelah sekarang.” Dalia sudah
mula rasa takut.
“Why? You fikir I nak culik you ke?” Lelaki itu ketawa
terbahak-bahak. Lagi-lagi melihat muka pucat Dalia. Nonsense...
“Muka awak pun memang muka penculik.” Balas Dalia geram.
Not funny okay?
Ketawa lelaki itu terhenti. “Dah, dah. Masuk dalam kereta
sekarang.” Lelaki itu tarik tangan Dalia menuju ke keretanya. Dalia
meronta-ronta minta dilepaskan.
“Hey, you jangan nak buat drama kat sini boleh tak? For
your infomation, my name is Tengku Adrian. Pemilik rangkaian Hotel de’ Sutera
kat Malaysia. Dan I takde selera dan kepentingan pun nak culik orang macam you.
Why don’t you bagi kerjasama dan kita boleh settle segera. Got it?”
Dalia terpana sebenarnya bila disergah sebegitu. Sudahnya,
dia masuk juga ke dalam kereta mewah itu. Nombor plat kereta sempat dia hafal.
Manalah tahu, kalau-kalau lelaki itu berniat jahat terhadapnya.
Abah, mama... tolong kakak!
cak check kot ada n3 10... tak sabar nak tau apa jadi pada tengku adrian dan dalia...
ReplyDeletezarif... mmm... tak suka dia..
ein, tq sudi jengah blog kara..
Deletesabar ye, plot dalia dan adrian dah nak mula
janganla benci zarif, siann dia.. hehe
x suka lah dng zarif,
ReplyDelete