Tabung Ayam

Thursday, February 14, 2013

Bab 2



DALIA membantu Iyris membawa masuk bagasi-bagasinya ke dalam rumah. Wajah cemberut satu-satunya adik yang dia ada dipandang sekilas. Dia letih sebenarnya. Sejam memandu tadi pun, Iyris langsung tidak bercakap sepatah pun kecuali ketika mereka mula-mula bertemu.

“Next time, kakak please la be on time. Iyris penat tau. Tercongok macam orang bodoh. Dahlah dalam flight dah berjam-jam duduk saja. Kakak ingat tak letih ke?”

Manis sungguh sapaan Iyris taktala mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta. Langsung tidak ada sedikit peluk cium setelah hampir 6 bulan adiknya merantau apabila mengembangkan kerjaya modelnya di Eropah.

“Sorry. Kakak ada masalah sikit tadi.” Lembut suara Dalia. Teringat pula drama sebabak dia dengan mamat singa tadi. Minta dijauhkan dari bertemu lagi. Sungguh dia tidak mahu.

“Atleast give me a call. Tak susah pun.”

Hai, Dalia. Nasib malang sungguh kau hari ini. Tadi dengan mamat singa, sekarang si Iyris dah nak tunjukkan perangai dia. Ingatkan lama tak jumpa, sikap Iyris akan lebih mesra berbanding sebelumnya, tapi kelihatannya sama sahaja.

“Sorry, okay? Kakak tak sengaja. Dahla, Iyris rehat aje sambil kakak drive. Nak singgah mana-mana tak sebelum kita terus balik ke rumah?”

Iyris cuma menunjukkan wajah kelatnya. Jelas adiknya itu kelihatan penat dan lesu. Dan Dalia sedia maklum dan faham.

“Okaylah, kita terus balik. Mama dan abah dah tak sabar-sabar nak jumpa Iyris.” Dalia mematikan perbualan dingin mereka.


********

Usai makan malam dan membersihkan dapur, Dalia menyertai Puan Zahara dan Encik Nazri yang rancak bersembang dengan Iyris di ruang tamu. Dari dapur lagi dia dapat mendengar ketawa tiga beranak itu.

“So, sekarang Iyris akan rehat dulu a few days sebelum sambung kerja balik.” Iyris bercerita di samping Puan Zahara dan Encik Nazri.

"Singkat sangat cutinya."

"Macamlah mama tak faham. Ini pun Iyris dah tolak beberapa job sebab nak rehat. Kalau ikutkan, turun aje dari flight, terus pergi shooting."

“Mama risau sebenarnya. Iyris dah nampak kurus dan pucat berbanding dulu. Tak jaga makan ke sayang?” Puan Zahara mengusap kepala anak bongsunya.

“Biasalah, mama. Sana mana nak dapat makan air tangan mama. Sebab tu Iyris makin kurus. Tak perlu susah-susah nak diet dah.”

“Kerja, kerja jugak. Makan kena jaga. Abah tak nak Iyris jatuh sakit.”

“Yes, abah! Iyris selalu ingat pesan abah ni. Jangan risaulah.”

Dalia di sudut sofa cuma memerhati dalam diam. Nak menyampuk takut terosak suasana pula. Dia tidak mahu Iyris yang ceria dan manis di depannya nanti bertukar mood pula. Sudahnya, dia dengar sahajalah.

“Hah, kakak dengan Zarif apa cerita?”

Pertanyaan Encik Nazri secara tiba-tiba membuatkan suasana sepi seketika. Enam pasang mata melekat memandangnya. Tidak termasuk Putih, kucing kesayangan Puan Zahara.

Apa hal pulak aku jadi topik utama?

2 comments:

  1. ur 1st baby...?
    not bad,xrugi i layan ur blog...
    keep the gud job beb... ;)
    ~~ZQ~~

    ReplyDelete