Tabung Ayam

Monday, March 18, 2013

Bab 16

DUA minggu yang menenangkan buat Dalia. Walaupun tidak begitu indah setiap hari. Dalia bersyukur. Harinya berjalan dengan lancar. Rutinnya setiap hari yang senada dan sama sahaja. Bekerja, pulang ke rumah dan begitulah seterusnya. Tiada warna yang berbeza, juga tiada corak yang tercipta. Kelihatan bosan, namun Dalia lebih bahagia begitu.

Dia pandang kalendar di atas meja. Tarikh 12 haribulan yang ditanda dan dibulatkan dengan marker biru. Sepatutnya, esok dia akan ditunangkan dengan Zarif. Ternyata, perancangan DIA tidak sama dengan manusia. Takdir tertulis hari bahagia untuk Dalia belum tiba. Dia redha untuk itu.

Hubungannya dengan mama masih beku, namun lebih baik daripada sebelumnya. Berbagai cara Dalia cuba, mama tetap juga melancarkan perang dingin dengannya. Sudahnya, Dalia kini bagaikan menumpang di rumah sendiri. Cuma abah yang faham perasaan Dalia. Dan Iyris, mereka langsung tidak berbicara.

Dalia buntu juga memikirkan cara untuk berbaik-baik dengan Iyris. Iyalah, air yang dicincang takkan putus. Iyris itu darah dagingnya. Sampai bila mereka perlu begitu. Bukankah sekarang sudah adil? Zarif kembali menjadi milik Iyris sepenuhnya. Dan Dalia, cuba meneruskan hidup seperti biasa. Seolah kisah yang lalu tidak langsung menjadi kudis buatnya.

Kehadiran Nadya secara tiba-tiba, ketika Encik Hadi berurusan di luar pejabat adalah perkara biasa. Jam di tangan belum lagi menunjukkan pukul 1 tengah hari tetapi kelihatan temannya sudah pun menggalas Chanel pemberian tunangnya ke bahu.

“Jom, lunch. Aku dah lapar gila ni. Kejap lagi Lily join sekali.” Ajak Nadya.

“Kau ni, agak-agak la. Belum pukul 1 lagi dah nak keluar?”

“Nanti jalan-jalan, turun lif, dah pun pukul 1.” Nadya beralasan sambil membetulkan kurung cotton yang dipakainya.

“Mengada lah kau ni. Mentang-mentang Encik Hadi takde, kau nak curi tulang ye? Aku report karang, baru padan muka.” Dalia buat-buat ugut Nadya yang langsung tak tunjuk muka cuak.

“Macamlah aku kisah. Kau takkan buat camtu punya. Eh Dalia, alang-alang kita bercakap fasal Encik Hadi ni kan, kau tau tak satu gosip? Mestilah kau tahu sebab kau kan paling rapat dengan Encik Hadi kat jabatan ni.” Nadya bersuara perlahan sambil buat muka saspen.

“Ish, kau ni. Tak habis-habis dengan gosip. Kalau benda tu tak betul, kan jatuh kepada menfitnah nanti.”

“Ni benda betullah. Aku dengar daripada mulut Milya. Katanya, hari itu terserempak dengan Encik Hadi dan isteri dia dekat depan makhamah syariah. Kebetulan Milya ke sana nak jemput adik ipar dia yang bekerja kat situ.”

“So?” Semerta Dalia terbayang wajah Encik Hadi yang sugul semenjak dua ini. Takkanlah kot..

“Kau agak-agak? Menurut sumber-sumber tertentu, mereka dalam proses nak berpisah. Aku harap mereka tak bercerailah. Kesian anak Encik Hadi yang comel tu.” Terbayang wajah comel Mikail yang pernah Encik Hadi bawa bersama semasa majlis makan malam beberapa bulan yang lalu. Juga isterinya, Maya yang sangat cantik. Dalia sendiri pun tak dapat melarikan pandangan matanya bila melihat keayuan dan kejelitaan isteri Encik Hadi. Mereka cukup sepadan bersama.

“Mulut kau ni celupar lah. Ada pulak cakap macam tu. Itu semua gosip aje. Tak baiklah. Apa salahnya kita mendoakan yang baik-baik aje untuk Encik Hadi?” Bantah Dalia tidak senang. “Lagi satu, janganlah cepat sangat percaya pada sumber yang belum tentu sahihnya. Kalau nak buat asignment, setakat sumber macam ni tak diiktiraf sebagai ilmiah tau?”

Nadya ketawa. Bersungguh benar Dalia. “Bela bos nampak?”

“Mana ada bela. Aku beritahu benda yang betul kan?”

“Aik, macam marah aje bunyinya?” Usik Nadya lagi.

“Apa lah yang kau merepek ni?”

Nadya ketawa jahat. Lily yang baru tiba terpinga-pinga.

“Kenapa dengan kau ni Nadya? Ada benda kelakar ke? Share la dengan aku. Nak gelak jugak..”

Lalu Nadya bercerita balik kembali perbualannya dengan Dalia tadi. Sikit pun tak tinggal. Bersungguh benar nampaknya. Malas turut serta dengan aktiviti sampingan Nadya dan Lily, Dalia menyusun kertas kerja yang baru difotokopi tadi. Kertas kerja itu akan diperiksa oleh Encik Hadi petang nanti. Untuk itu, dia perlu bersiap sedia. Takut perangai kalutnya datang. Lagipun, dia perasan mood Encik Hadi lain sikit sejak beberapa hari ini. Dalia tidak mahu kalau kelalaiannya nanti boleh mengundang letupan gunung berapi.

Sedang dia melaksanakan kerja, telefon bimbitnya bergetar menandakan isyarat mesej yang masuk ke dalam kotak pesanan. Ada satu mesej daripada nombor yang tidak dia kenali.

I’ll pick u up in 5 minutes. Don’t be late! T.A

Tengok sekilas mesej itu Dalia sudah tahu siapa pengirimnya. Dia mencebik. Kacau sudah ketenangan hidup aku. Ingatkan dua minggu menghilang, Tengku Adrian akan lupa kewujudan aku buat selama-lamanya. Tapi tidak, dia dah kembali!

“Lia, jomlah lunch.” Ajak Lily pada Dalia yang asyik merenung telefon di tangan. Kasihan temannya itu. Putus di saat hari bahagia bakal tiba. Bukan dia tidak tahu betapa Dalia sayangkan Zarif. Sudahnya, Dalia khabarkan hubungan mereka sudah berakhir. Lily tidak sampai hati mahu bertanya dengan lebih lanjut. Bimbang Dalia lebih terluka. Bila Dalia bersedia, sudah tentu dia akan luahkan padanya dan Nadya. Mereka teman baik dan akan sentiasa berada di samping Dalia.

“Er.. sorry. Aku ada hal. Tak dapat join lunch dengan korang. Next time ya?”

Lily angkat kening. Nadya bercekak pinggang.

“Hal apa ni? Jangan nak rahsia-rahsia.” Nadya pandang wajah Dalia mohon penjelasan.

“Ada lah. Urusan keluarga.” Dia berdalih. Urusan keluarga lah sangat!

“Okaylah kalau macam tu. Apa-apa hal let us know, okay?”

Dalia angguk. Nadya dan Lily pun berlalu. Jalan-jalan cari makan untuk isi perut yang berdendang lagu rock kapak.

***********************

Sebuah Jaguar XF hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Sangat mewah mencerminkan peribadi si pemilik. Cermin kereta diturunkan. Terpacul muka Tengku Adrian. Dia mengarahkan Dalia segera masuk ke dalam kereta. Dalia lihat dulu sekeliling. Takut ada mata-mata yang memerhati. Tak fasal-fasal dia pun jadi bahan gosip di pejabat.

Dalia ragu-ragu sebenarnya. Mewah sangat kereta Tengku Adrian, rasa macam dalam mimpi pun ada bila dapat melabuhkan punggung ke atas tempat duduk di sebelah pemandu. Sangat lembut dan selesa.

“Kenapa?” Tanya Dalia sebaik sahaja dia menutup pintu kereta. Fikirnya, Tengku Adrian ada benda yang ingin dibincangkan dengannya. Pembatalan kontrak bodoh itu terutamanya. Alih-alih, Tengku Adrian tekan minyak dan bergerak ke destinasi yang tidak diketahui.

“Nak ke mana ni?” Dalia cemas. Waktu rehat cuma sejam. Mana pula Tengku Adrian mahu bawa dia?

“Ikut ajelah. Jangan banyak cakap. I’m your boss, right?” Bos aku cuma Encik Hadi seorang sahaja, okay? Dalia ikut sahaja walau hatinya sebal. Iyalah, takkan dia mahu terjun keluar daripada kereta ini pula kan?
Sudahnya, dia tutup mulut. Menikmati pemanduan Tengku Adrian yang laju macam pelesit. Tak boleh ke bawa dengan berhemah? Macamlah jalan ini dia yang punya.

Tak sampai 10 minit, mereka tiba di sebuah hotel. Dalia menurut sahaja Tengku Adrian yang berjalan menuju ke arah lounge hotel tersebut. Seorang pelayan lelaki membawa mereka ke sebuah meja di suatu sudut.

“Sit down.” Arah Tengku Adrian sambil menarik kerusi buat Dalia. Nampak gaya romantis habis tapi Dalia sebenarnya masih keliru. Apa pula motif lelaki ini? Dalia labuhkan duduknya. Tengku Adrian mengambil tempat di depannya.

“Apa semua ni?” Soal Dalia selepas pesanan diambil pelayan. Dan tentunya mengikut selera Tengku Adrian.

“Lunch.”

“Mesti ada sesuatu, kan? Apa motif awak sebenarnya?” Dalia pandang Tengku Adrian yang menongkat dagu, juga memandang ke arahnya. Persis orang angau bercinta.

“Nothing.”

“Awak nak main-mainkan saya?” Tengku Adrian menidakkan. Dalia tilik muka lelaki itu. Kalaulah rambutnya tidak menutupi dahi... “Kontrak dah tamat, kan? So, saya nak balik sekarang.”

“Wait a minute. Why so serious? And for your information, kontrak masih sah.”

Dalia tidak percaya. Tempoh dua minggu sudah cukup untuk memulihkan luka pada dahi Tengku Adrian.

“Apa maksud awak?”

“Don’t you remember? Selagi parut atas dahi I tak hilang, you’re still mine.” Mengarut!

“Jangan nak merepek. Kontrak awak memang tak boleh pakai.”

“Whatever. You dah sign kan?”

“Habis tu, kalau seumur hidup parut tak hilang, selama itu juga lah saya nak kena ikut cakap awak? Oh please, la...”

“Kalau itu takdirnya...” Tengku Adrian balas selamba. Dalam hati, nak ketawa pun ada. Nasib baik dia buat muka keras takde perasaan. Demi matlamatnya, perasaan Dalia ditolak ke tepi.

Dalia sudah tidak selesa. Dia perasan ada beberapa pasang mata merenungnya dengan pandangan yang sukar dimengerti. Mungkin hairan bagaimana perempuan biasa sepertinya boleh duduk semeja dengan Tengku Adrian yang sekali pandang pun sudah tahu jenis yang macam mana. Ada rupa, ada harta.

“Makanlah.” Pelawa Tengku Adrian bila dilihat Dalia masih kosong pandangannya. ”Tak payahlah nak fikir yang bukan-bukan. Mulai hari ini dan seterusnya you akan temankan I makan. Tak kiralah, lunch or dinner.” Beritahu Tengku Adrian sambil menyuapkan potongan stik yang lembut dan gebu ke dalam mulutnya. Hurm, nikmat tak terkata...

“Why? You don’t own me!” Balas Dalia geram. Sakit hati bila hidupnya diatur-atur. Menyesal gila bertemu lelaki seperti Tengku Adrian. Malang sungguh.

“Which one is better? You nak datang ke rumah I or just temankan I, macam sekarang?”

Memanglah pilihan kedua itu jauh lebih baik daripada yang pertama, tapi dia tidak suka bila tersepit dengan Tengku Adrian. Dia memang berterima kasih di atas ‘pertolongan ikhlas’ Tengku Adrian terhadapnya dulu, tapi sudah terang lagi nyata lelaki itu memang sedang mengambil kesempatan terhadapnya.

“Kenapa saya?” Dalia masih tak puas hati.

“I already told you before. Nak I ulang berapa kali lagi? Stop whinning and eat your lunch.” Tegas bunyi nada itu. Dalia ketap bibir. Tengku Adrian memang dah tak siuman!



post signature

4 comments: