Tabung Ayam

Thursday, March 28, 2013

Bab 17



DALIA berjalan menuju ke lif ke pejabat. Kelihatan sudah ramai pekerja Suria Holdings berpusu-pusu untuk masuk ke jabatan masing-masing selepas waktu rehat hampir berakhir. Dalia sempat berbalas senyuman dengan beberapa wajah yang dia kenali. Lif yang penuh menyebabkan dia terpaksa tunggu seketika untuk naik ke tingkat 6.

Teringat kembali peristiwa dia makan tengah hari dengan Tengku Adrian tadi. Tanpa dia sedari, ada satu perasaan halus yang menyelinap ke dalam hati. Dia tidak tahu tapi perasaan itu... Ah, sukar untuk dia jelaskan. Apa yang penting, Dalia tetap tidak berpuas hati dengan Tengku Adrian dan sikap bossy nya itu. Selamba buat keputusan yang tidak masuk akal. Dan Dalia pun, lembik sangat nak melawan. Oh lupa! Bukankah Tengku Adrian ugut nak sebarkan gambar mesra Iyris dan Zarif?

Dalia perhatikan Tengku Adrian yang memotong stik di pinggan. Nampak santai dan penuh bersahaja. Sedangkan Dalia terkial-kial mahu potong sekeping daging yang terhidang di depannya. Macamlah takde menu lain yang nak dipesan. Balik-balik, western food juga yang dipilihnya. Dan Dalia memang tiada pilihan waktu itu. Lagipun, dia mana biasa makan makanan sebegitu. Tekak Melayulah katakan. Nama aje tinggal di Kuala Lumpur, kota metropolitan. Tapi dirinya kadang-kadang, macam rusa masuk kampung pun ada.

Tengku Adrian perhatikan dia seketika. Tanpa banyak bicara, Tengku Adrian tarik pinggannya. Dalia terkedu sebenarnya. Tengku Adrian dengan kacaknya memotong kepingan daging yang dimasak sempurna menjadi potongan yang kecil. Sesuai sekali sumbat terus masuk ke dalam mulut. Dalia kusyuk memerhati. Tak sangka kalau Tengku Adrian akan bertindak sebegitu. Persis sekali lelaki idaman Malaya. Tadi bukan main macam marah aku aje sebab tanya benda yang sama...

“Makanlah.” Suruh Tengku Adrian sambil tolak kembali pinggan ke arahnya. “Thank you.” Sindir Tengku Adrian menyedarkan Dalia. Ceh, nampak sangat tak ikhlas...

“Terima kasih.” Ucap Dalia. Tangannya mula mencucuk potongan daging yang dilimpahi black pepper sauce ke dalam mulut. Hmm, bolehlah...

“This is the best steak in the town. I know, people tend to eat this during dinner time but, I couldn’t help myself. Lama gila teringin nak makan.” Beritahu Tengku Adrian walaupun Dalia langsung tak tanya. Lantaklah nak makan waktu sarapan sekalipun, ada aku kisah? “Atau you nak order yang lain?”

“Tak.” Baru sekarang nak tanya? Time ambil order tadi tak nak tanya pulak?

“You kerja dah berapa lama kat Suria Holdings?” Tengku Adrian tiba-tiba buat sesi temuduga.

“Motif awak bertanya?” Laju saja mulutnya menyoal kembali.

“Tiada motiflah. Saja nak tahu. Tak nak cakap pun takpe. Tak kisah.” Balas Tengku Adrian. Dalia rasa macam Tengku Adrian saja-saja nak mainkan dia.

“Hari itu masa awak upah private investigator untuk siasat fasal Zarif, takkanlah dia tak siasat sekali fasal background saya?”

“Excuse me, fasal you tak masuk list. Bukan kepentingan utama.” Gelak Tengku Adrian memenuhi lounge yang tenang. Selamba badak macam hotel ni dia punya. Tak kelakar pun!

“Awak ni, berdendam dengan Zarif ke?” Tanya Dalia ikhlas dari hati. Dia masih diselubungi misteri dengan budi yang ditabur oleh lelaki yang tidak pernah dia mimpi untuk berada dekat. Lagipun, pertemuan pertama mereka penuh dengan adegan panas lagi memalukan. Terlayar balik bagaimana Tengku Adrian menjerkahnya di khalayak ramai dulu. Jauh benar dengan imejnya sekarang yang nampak seperti seorang lelaki yang mudah didekati.

“Why?”

“Awak tahu kenapa. Awak muncul tiba-tiba di depan saya dan bentangkan segala kebenaran yang tak mungkin saya akan tahu, at least dalam masa yang terdekat itu. Dan tentulah saya nak tahu sebab apa.”

“Biarlah rahsia. Yang penting you dah tahu siapa yang betul-betul lelaki itu cintai.”

Ayat terakhir Tengku Adrian benar-benar menghenyaknya. Ya, itu memang kenyataan yang dia hadapi kini. Dia tahu siapa yang benar-benar Zarif cintai. Aduhai, dia tak mahu ingat lagi kisah dulu. Kenapa perlu hari ini terungkit lagi. Cukup sudah!

Tiba-tiba sahaja Dalia teringat peristiwa di mall, kali kedua dia bertemu dengan Tengku Adrian. Hatinya digeletek dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Macam maggi kari yang menggelegak di dalam periuk di atas dapur gas.

“Next question?” Eh, Tengku Adrian ni membela ke? Macam tahu-tahu aje... Dalia tayang muka tidak berminat. “I tahu banyak benda yang you teringin nak tahu. Spill it out, sementara I masih ada mood nak melayan soalan you.” Ceewah, dah macam artis pun ada.

Gadis manis berbaju kurung itu buat-buat berfikir. “Hari itu, masa dekat Butik Qaseh...” Wajah Tengku Adrian dia pandang. Cuba melihat kalau lelaki itu terkesan dengan kata-katanya, namun langsung tiada. Tengku Adrian tetap juga dengan selambanya.

“Kenapa?”

“Kenapa mesti awak gunakan saya untuk erm.. buatkan model tu pergi begitu aje? Sedangkan kita tak kenal pun.”

“Model?”

“Maksud saya Tiara.”

“You kenal ke dia?”

“La, dia kan model terkenal Malaysia. Tipulah kalau saya cakap tak kenal.” Dalam televisyen, majalah semuanya ada paparkan muka Tiara. Takkanlah tak kenal juga.

“Betul jugak. So?”

“Ermm, kenapa awak cakap macam tu pada dia? Lepas tu gunakan saya pulak.”

“Cakap apa?”

“Ala, takkan dah lupa.” Ucap Dalia sambil cucuk-cucuk stik dengan garpu, ibarat dia sedang ketuk-ketuk kepala Tengku Adrian supaya ingat balik.

“Benda dah lepas, takkan semua I boleh ingat.”

Eleh, tipu kot. Aku boleh aje ingat satu-satu. Tengku Adrian tiba-tiba tarik lengan aku dan bagitahu pada Tiara yang aku ni...Erm.. Alah, segan pulak nak cakap..

“Alah, yang awak cakap...”

“Kenapa you busy body sangat?”

Dalia mencebik dalam diam. Perasan. “Bila pulak? Saja nak tahu, tak boleh?” Of course la kena ambil tahu sebab khidmat aku Tengku Adrian gunakan dulu. Kalau tak, takkanlah sampai Tiara tu boleh berubah air mukanya. Entah-entah, bekas kekasih kut...

“Ada tulis ke dalam kontrak you kena ambil tahu fasal I?” Mahu pitam Dalia dengan perangai berlagak Tengku Adrian yang muncul tak kena masa.

“Fine.” Balas Dalia kembali. Satu potong daging dimasukkan ke dalam mulutnya. Hmm, janganlah petang karang darah naik. Satu, sebab makan daging sebesar tapak tangan ni. Kedua, sebab terlayan tengku kat depan ni.

“By the way, your sister must be very lucky to have someone like you.” Tiba-tiba Tengku Adrian bersuara setelah mereka diam melayan nafsu makan.

Dalia dapat meneka maksud di sebalik kata-kata tersebut. Wajahnya panas tidak diduga. Cepat benar dia terasa walau dengan  ayat mudah seperti itu.

“So?”

“So, dia beruntunglah.”

“Bukan hal awak pun.” Ujar Dalia perlahan.

“I kasihan kan you. Tak patut dia buat macam tu.”

Faham akan maksud Tengku Adrian, Dalia rasa seleranya yang tidak berapa nak ada sejak keluar dengan lelaki itu tadi langsung patah. Kata aku busy body, perangai dia dah macam mamat kepochi! “You should thanked me. At least I save your life. Not once but twice.” Penuh gaya, mutu dan keunggulan sekali lagaknya. Eii, apalah masalah lelaki di depannya ni??

“Tiada kaitan dengan awak, kenapa mesti nak sibuk ambil tahu?”

“Just because I am curious. That’s it.”

“Bukan ada tertulis dalam kontrak pun.” Tengku Adrian meledakkan ketawa. Balas balik nampak?

“Alright. I takkan sentuh fasal tu lagi.”

Baik dia diam. Dengan itu mungkin lelaki yang memakai kemeja biru yang disinsingkan lengannya di depan tidak akan berkata-kata lagi. Dalia pening mahu layan cakapnya yang kadang-kadang macam memperlekehkan orang pun ada. Sekali sekala dia melayan juga perbualan entah apa-apa dengan Tengku Adrian. Kira-kira 40 minit di situ, Tengku Adrian akhirnya menghantar Dalia pulang semula ke pejabat.



Melalui interkom, Dalia dipanggil oleh Encik Hady seusai sahaja bosnya itu berurusan dengan seorang wakil syarikat tempatan berhubung dengan projek usaha sama yang sedang dijalankan. Dalia segera ke bilik yang tidak sampai sepuluh kaki pun daripada mejanya. Fail kertas kerja, sebatang pen dan buku nota dibawa bersama.

“Duduklah dulu.” Pelawa Hady sambil melonggarkan belitan tali lehernya. Dalia segera mengambil tempat. Wajah ketuanya itu tetap nampak kusut meskipun gayanya kelihatan tenang sahaja.

“Tuan tak sihat?” Dalia bertanya pabila melihat Hady memicitkan kepalanya.

“Saya okay, cuma pening sikit.” Beritahu Hady. Dalia faham. Ketuanya itu terlalu sibuk dengan bermacam urusan sehinggakan kadang kala hanya beberapa jam sahaja berada di pejabat. Kebanyakan waktu yang lain, berkejar bertemu klien dan mesyuarat di sana sini. Nasiblah Dalia sudah terbiasa dan mampu menjalankan kerjanya meskipun tanpa lelaki itu.

“Saya ambilkan ubat ya.” Beritahu Dalia sebelum meminta izin untuk keluar. Dia segera mencari kotak first aid namun tiada dijumpai. Lantas, Dalia teringat akan beberapa papan panadol di dalam tas tangannya. Tadi, dia perasan kalau air mineral di dalam bilik Encik Hady masih belum terusik. Lantas, langkah kaki laju dihayun terus ke bilik itu.

“Apa hal sekali pun, I akan tetap jaga Mikail. Selepas apa yang you buat selama ini, I tak rasa you layak pun untuk menjaga dan mendidik Mikail. Yes, you memang ibu dia. Tapi, pernah ke you jalankan tanggungjawab you?” Keras suara Hady yang berbual di talian. Dalia yang sudah pun masuk ke dalam bilik itu terkaku. Memikirkan bahawa dia sudah tersilap kerana masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu seperti biasa. Dia berkira-kira ingin keluar namun, isyarat mata Hady yang memandangnya menghalang. Sudahnya, Dalia berdiri di hujung bilik. Dengan harapan dia tidak akan dituduh mencuri dengar perbualan peribadi itu. Walaupun memang jelas dia mendengar segalanya.

“Stop lah Maya. I dah penat. Dan I tahu you pun sama. Tak perlu kita nak berpura-pura lagi. You boleh balik kepada kekasih you tapi I takkan benarkan you bawa Mikail. You nak ke hujung dunia sekali pun I don’t give a damn but you are not allowed to bring Mikail! Fullstop.”

Dalia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Betullah agaknya cakap-cakap yang melanda jabatan sejak kebelakangan ini berkenaan Encik Hady.

“Cukup-cukuplah call I. Apa hal sekali pun kita settle kan aje kat makhamah. And one more thing, you tak perlu bimbang. I tahu macam mana nak jaga Mikail dengan baik.” Ucap Hady sebelum menghempaskan ganggang telefon. Seolah melepaskan sakit yang tersepit di dalam dadanya.

“Er... tuan. Ini ubat untuk legakan sakit kepala.” Dalia hulurkan sepapan panadol. Dia perlu segera beredar dari situ. Encik Hady perlukan masa untuk bersendirian.

“Thanks.” Ucapnya sambil menyambut pil tersebut. Kalaulah panadol ini pun boleh hilangkan sakit di dalam dadanya...

“Saya keluar dulu, ya. Nanti, kalau tuan nak apa-apa, panggil aje saya. Kertas kerja tu saya dah letakkan atas meja tuan.”

“Dalia...” Panggil Hady.

“Saya minta maaf. Tak sengaja terdengar perbualan.. eh tak sengaja masuk dalam bilik tuan tanpa mengetuk pintu. Saya janji semua yang berlaku setakat dalam bilik ini aje. Saya takkan buka mulut pun.” Ucap Dalia sambil membuat isyarat menzip mulutnya. Hady tergelak kecil melihatnya yang serba kalut. Dalia hairan. Takkanlah tuan dah tak betul kot lepas gaduh tadi.

“It’s okay. Saya percayakan awak. Nantilah saya check balik kertas kerja tu. Terima kasih.” Dalia senyum. Mesti tuan tengah serabut. Masalah rumah tangga, kerja pejabat yang tak habis-habis...

“Kalau begitu, saya keluar sambung kerja dulu.” Dia minta izin. Ya ALLAH, tabahkanlah hati tuan Hady...



post signature

4 comments: