TERGAMBAR kerunsingan yang amat pada wajah
Dalia. Sudah hampir sejam dia di situ. Parah sangatkah? Ya Allah, selamatkanlah
dia...
Dia
sabar menanti di atas sofa yang tersedia di ruangan menunggu. Sesekali, matanya
bertembung dengan jururawat yang bertugas di kaunter hadapan. Jururawat yang
manis bertudung itu tersenyum ke arahnya. Seolah memberikan mengalirkan satu
tenaga dengan harapan Dalia tenang dan bersabar.
Dalia
menarik nafas perlahan. Dia duduk bersandar. Perlahan, peristiwa tadi menerjah
minda...
******
Entah dari
mana keberanian yang dia perolehi, lekas-lekas Dalia keluar daripada keretanya.
Di depan mata, dengan jelas Dalia lihat ada empat orang lelaki berpakaian hitam
dan berkaca mata sedang membelasah Tengku Adrian. Lelaki itu berjaya melawan
beberapa kali namun tenaganya tidak mampu menandingi empat orang lelaki itu
yang datang menyerang secara tidak disangka. Sama seperti adegan yang selalu
dia lihat dalam kaca televisyen. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Melihatkan
Dalia, keempat-empat lelaki tersebut segera melarikan diri masuk ke dalam
sebuah Proton Wira yang diletakkan berdekatan sebelum memecut pergi. Dalia
berlari ke arah Tengku Adrian yang dilimpahi darah pada wajahnya. Lelaki itu
yang terbaring di atas hamparan rumput cuba bangun namun gagal.
“Ya Allah,
apa saya nak buat ni?” Dalia kaget. Dia langsung tidak tahu untuk berbuat apa
waktu itu. Lagi pula, dia belum pernah berdepan dengan situasi kecemasan
sebegitu rupa. Dia amati keadaan Tengku Adrian. Bibir lelaki itu berdarah. Di
hujung kening dan hidungnya ada luka. Pipinya mula tampak membiru akibat
ditumbuk barangkali. Habis baju lelaki itu berpalit dengan darah dan cebisan rumput kering.
“Awak
boleh bangun?” Tengku Adrian masih duduk dan tertunduk sambil memegang dahinya.
Ada darah pada telapak tangan lelaki itu.
“Ya
Allah, kenapa ni? Saya hantarkan awak ke hospital ya.” Ujar Dalia setelah dia
mendengar Tengku Adrian mengaduh kesakitan. Sekali gus menyedarkan bahawa dia
perlu bertindak segera.
“Awak janganlah pengsan kat sini.” Dalia rasa mahu
menangis pun ada. Mata Tengku Adrian semakin layu. Bersusah payah Dalia
membangunkan Tengku Adrian dengan kudrat wanitanya.
“Cari
kad Doktor Izlan... daaalaam dashboard kereta saya. Hantar saya kee saaana...”
Bersusah payah Tengku Adrian bersuara setelah Dalia meletakkannya ke dalam
kereta Myvi. Tengku Adrian yang lemah dibaringkan ke tempat duduk penumpang.
“Baik!”
Segera Dalia berlari ke arah kereta mewah Tengku Adrian. Ada kunci keretanya
yang jatuh di situ. Pasti Tengku Adrian diserang sewaktu ingin masuk ke dalam
keretanya. Setelah mencari-cari kad nama Doktor Izlan dan menjumpainya, Dalia
terus mengunci kereta tersebut.
Melihat
alamat pada kad tersebut, Dalia segera memandu ke sana. Tengku Adrian yang
cedera perlu segera dirawati.
*****
Seorang
doktor lelaki yang memakai cermin mata keluar daripada bilik rawatan. Dalia
segera bangun dari duduknya. Doktor Izlan yang baru sahaja merawat Tengku
Adrian dia hampiri.
“Doktor,
macam mana dengan Tengku Adrian? Dia okey? Dia dah sedar?” Ada nada kerisauan
dalam pertanyaannya. Dalia menyalahkan dirinya. Kalaulah dia tidak berhenti di
tepi jalan tadi, pasti Tengku Adrian tidak akan dibelasah. Semuanya kerana dia.
Doktor
Izlan senyum sahaja. Gadis di depannya berbeza sekali daripada mana-mana gadis
yang pernah Tengku Adrian usung ke sana ke mari. Hmmm... something’s fishy
here.
“Jangan
risau. Dia okay. Cuma ada lebam dan beberapa jahitan pada dahinya.”
Boleh lagi
doktor ni senyum-senyum. Kan Tengku Adrian baru saja kena belasah.
“Tulang
retak? Tulang patah? Otak bergegar?” Soalnya bertalu-talu. Iyalah, tadi dengan
jelas dia nampak betapa ganasnya pergaduhan tersebut. Empat lawan satu. Lagi
ganas daripada WWE.
“Don’t
worry much. Tengku Adrian tu kuat orangnya. He’ll get better soon. By the way,
are you his girlfriend?”
Aik,
busybody mengalahkan paparazi pulak doktor ni. “No. Saya cuma...” Kawan? Belum
declare lagi aku dan dia berkawan walaupun dia ada buat jasa sikit pada aku.
Dengan mulut naga dan perangai macam singa, tak mungkinlah aku dengan dia
adalah kawan.
“It’s
okay. Saya ni kawan satu sekolah dengan Ian. Mungkin sebab tu dia suruh awak
hantar ke sini. Tak nak mamanya dapat tahu la tu. Awak boleh lawat dia
sekarang.” Fuh, nasib baik tak banyak songeh doktor ni.
“Terima
kasih.”
“Your
name?”
“Dalia.”
Dalia memperkenalkan dirinya.
“Yes, Cik
Dalia. Awak boleh masuk ke bilik rawatan. Ian ada kat dalam sana.”
“Thanks
again, doc.”
“Most welcome.” Balasnya.
*******
Sewaktu dia menolak pintu,
kelihatan Tengku Adrian yang duduk di atas katil sedang bercakap dengan
seseorang di telefon. Wajahnya nampak serius walaupun kelihatan lemah. Ada tampalan di dahi dan
hidungnya. Bibirnya nampak sedikit bengkak, namun tidak begitu ketara.
“Awak okay?” Dalia bertanya
apabila Tengku Adrian menamatkan panggilan. Tengok gaya Tengku Adrian yang bersantai elok atas katil, tak lah membimbangkan. Syukur Alhamdulillah...
“Do I look like I’m okay?” Tanya
Tengku Adrian kembali. Tak tahulah sebab marah ke apa, tapi Dalia tidak sukakan
pandangan itu. Huh, mesti Tengku Adrian marah. Kena belasah, dahi pulak kena jahit. Silap haribulan lekat parut. Dah tak hensem. Tapi takpe, dia kan banyak duit. Boleh buat laser hilangkan parut.
“Awak akan stay sini ke?”
Tengku Adrian menggelengkan kepala.
“Nak saya hantarkan awak balik?”
“Takpe. Nanti orang saya akan bawa
kereta ke sini.”
Dalia angguk faham. Wajahnya
nampak keruh. Patut ke aku minta maaf? Tapi, bukan aku tahu pun benda macam ni
nak jadi. Lagipun, siapa suruh dia gatal-gatal kacau aku tengah sedih tadi?
Tapi, ni semua kan perancangan ALLAH. Astaghfirullah...
“Awak tak nak buat report polis ke?”
“Untuk apa?” Eh buat-buat tak
faham pulak.
“Penjahat-penjahat tadi dah
belasah awak, takkan nak diam.”
“Tak nak lah panjang-panjang kan
cerita.” Putusnya. “Tahu tak sebab apa I kena belasah macam ni?”
“Musuh perniagaan awak ke?
Jahatnya.”
“No. Sebab mereka nak buat
sesuatu yang tak elok pada you.” Bulat mata Dalia. Seakan tidak percaya.
“Takkanlah...” Dia seakan tidak
percaya. Macam mana Tengku Adrian tahu? Nauzubillah... Jadi, Tengku Adrian
ialah heronya kerana berjaya membatalkan niat jahat lelaki-lelaki tadi?
“Apa pulak takkan? Dah memang
betul. Nasib I ada. Sekurang-kurangnya, niat mereka terhalang walaupun I yang
dapat sakit. Macam manalah I pergi kerja kalau muka dah jadi begini.”
“Saa..yaa tak tahu nak cakap apa.
Erm, maaf. Sebab saya, awak jadi macam ni.” Dalia sungguh tidak menyangka. Tengku
Adrian yang dia kutuk dalam diam telah menyelamatkannya walaupun Dalia masih kabur
akan motif jahat tersebut. Nak buat jahat kadang-kadang tak perlu motif pun. Tapi
Dalia bersyukur dengan adanya Tengku Adrian.
“Itu aje?”
“Er, terima kasih. Tak tau macam mana
nak balas jasa awak.”
Lepas ni, taubat Dalia tak nak buat
sembarangan macam tadi. Dia akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Tak nak pisang
berbuah dua kali. Ya Allah, terima kasih sebab Engkau melindungi aku.
“Tomorrow, bring me a breakfast.”
“What?” Dalia rasa tak silap dengar.
“Itu adalah salah satu caranya you balas jasa I sebab
selamatkan you tadi. Dengan muka begini I tak boleh balik ke rumah. Bila tak
boleh balik ke rumah, maknanya tiada siapa nak masak untuk I. So, you should take
a responsibility for that.”
Takkanlah! Hati Dalia memberontak.
Sia-sia aje dia puji Tengku Adrian tadi..
next next next nak lagi....
ReplyDeletebest....
ReplyDeletelari jauh dp ape yg sy pikiaq....
~~ZQ~~
sambung lg.... smbung lg.... ^^
ReplyDelete