Tabung Ayam

Saturday, February 16, 2013

Bab 7


DIA tiba di Kinnaree Thai Restaurant lewat hampir 15 minit dari yang dijanjikan. Ketika tiba, kelihatan Zarif menunggunya di meja.


Mujurlah Zarif telah membuat tempahan terlebih dahulu. Waktu Dalia masuk ke dalam restoran, hampir kesemua meja penuh dengan mereka yang menginginkan masakan Thai yang enak.

Zarif menyambut ketibaan Dalia dengan satu senyuman. Dalia diserang rasa bersalah.

“Sorry sebab terlewat.” Ujarnya sambil menarik kerusi menghadap Zarif.

“Tak apa. Saya pun baru aje sampai.” Balasnya.

Mereka duduk di sebuah meja yang sedikit tersembunyi daripada keriuhan. Sambil itu, mereka sempat juga bertukar khabar berita dan berbual ringkas.

Selesai membuat pesanan, masing-masing diserang suasana sunyi. Zarif kelihatan leka membelek telefon bimbitnya. Sama ada memeriksa e-mail atau mesej daripada klien-kliennya, Dalia sendiri tidak tahu. Asyik sangat sampaikan seolah lupa bahawa Dalia sedang duduk di hadapannya.

Bagi menutup resah di hati, Dalia buat-buat godek telefon di tangan. Entah apa yang dia cari, Dalia sendiri tidak tahu. Sekadar cuba melegakan rasa hati.

Pesanan tiba. Mereka mula makan. Dalia mula rasa tidak senang. Zarif beria mahu makan tengah hari dengannya. Namun lagak lelaki itu sekarang seolah terpaksa. Mana tidaknya, sepatah kata pun langsung tidak terbit dari mulut Zarif.

“Zarif.” Panggil Dalia.

Lelaki itu yang sedang menikmati tom yam makanan laut, berpaling memandang Dalia. Bibirnya kelihatan merah. Kesan daripada bahang pedas tom yam tersebut. Kacak, hati Dalia berbisik. Sejuk sikit hatinya berbanding ketika insiden berhampiran Butik Qaseh tadi. Semerta wajah mamat singa muncul tapi cepat-cepat Dalia halau. Serabut.

“Hmm? Kenapa? Makanan kat sini tak sedap ke?” Dalia menggeleng.

“You didn’t say a word. Are you okey? Awak ada masalah kerja ke?”

“Takdelah.” Balasnya pendek.

“Dah tu? Kenapa macam terpaksa aje?” Luah Dalia. Kecil hati. Zarif ketawa perlahan.

“Terpaksa? Maksud awak?”

Dalia diam. Takkanlah Zarif slow sangat nak faham apa yang dia rasa.

“Merajuk? Please don’t.”

“Mana ada.” Tukasnya.

Nasi dimasukkan ke dalam mulut. Mak oii, pedasnya! Apa yang aku sumbat ni? Segera dicapai jus epal dan disedut laju. Namun, cuba dikawal agar tidak ketara di mata Zarif. Malu la! Dikerling pinggannya. Tengok, cili padi hijau disangkakan sayur kacang panjang!

“Sorry. Saya sibuk sejak akhir-akhir ni. Projek baru banyak yang masuk.” Zarif menerangkan. Dalia mendengar. Dia sedia maklum dengan skop pekerjaan Zarif itu. “Langsung tak call or message awak. I am a bad boyfriend, am I?”

“Awak ni kenapa? It’s okay, saya faham.”

Padahal, jauh di sudut hatinya menidakkan apa yang baru dia ucapkan. Sejujurnya, dia selalu rasakan seolah tidak penting langsung kehadirannya dalam hidup Zarif. Takkan sekeping mesej pun tak sempat?

“Awak terlalu baik, Dalia. Dan saya bersyukur untuk itu.”

Terlalu baik? Apa maksud awak, Zarif?

Lama suasana sepi melewati mereka. Zarif melonggarkan sedikit tali lehernya. Dia menghelakan nafas. Cuba membuang debar di dada sekaligus mengumpul kekuatan untuk berterus terang. Sanggupkah?


*****

“Awak cakap ada hal mustahak nak bagitahu kat saya. Apa dia?”

Dalia meluahkannya selepas Zarif selesai menghabiskan makan tengaharinya. Bukan apa, Dalia diselubungi pertanyaan yang bermacam-macam dalam kepala otaknya. Tambah lagi dengan sikap Zarif yang dirasakan lain dari hari sebelumnya.

“Takde apa-apalah.” Zarif memandang wajahnya. Lama.

Dalia rasa pipinya sudah mulai memerah taktala direnung Zarif sebegitu. Redup mata lelaki itu sukar untuk dia tafsirkan.

Zarif  sudah lama dia kenali. Hubungan keluarga mereka sangat akrab. Dulu, sewaktu mereka masih di bangku sekolah rendah, Zarif, Iyris dan dirinya ialah rakan sepermainan. Mereka sering bermain bersama-sama hinggalah keluarga Zarif berpindah ke Singapura.

Apabila keluarga Zarif kembali menetap di Malaysia, Dalia tika itu di tahun akhir pengajiannya di universiti. Keluarga mereka saling bertemu dan kunjung mengunjungi namun hubungan Zarif dan Dalia sedikit kekok. Masakan tidak, mereka terpisah ketika masih bersekolah rendah. Alih-alih, bertentang mata ketika sudah besar panjang. Hilang segala kemesraan yang pernah mereka ciptakan suatu ketika dulu.

“Dalia, awak dah bersedia untuk bertunang dengan saya?”

Dalia diserbu 1001 perasaan taktala soalan itu spontan keluar daripada bibir Zarif.

“Kenapa awak tanya macam tu?” Pertanyaan Zarif dibalas dengan pertanyaannya.

“I am curious.” Balasnya pendek.

Dalia sisip jus yang berbaki. Dia sendiri tidak pasti apa jawapan yang perlu dia berikan.

Namun, dia yakin. Hatinya pasti.

Bertunang dengan awak, beerti saya mengambil waktu untuk menyiapkan diri saya sebelum menempuh alam perkahwinan dengan awak. Mental dan fizikal. Awak tahukan erti pertunangan kita ini sangat besar dan bermakna buat mereka. Sekalipun atas desakan ibu bapa kita, saya jujur mengakui yang saya sememangnya sukakan awak, Zarif. Demi Allah, saya bersedia untuk bergelar suri awak suatu saat nanti.

“Awak tak yakin pada saya?”

Zarif menggeleng. Mana mungkin. Dia tahu bahawa Dalia itu seorang yang baik. Terlalu baik buat dirinya.

“Saya tahu awak ikhlas, Dalia. Cuma...”

“Apa maksud awak?” Hatinya sedikit goyah. Terusik dengan jawapan Zarif.

Adakah Zarif tersepit dalam keadaan ini? Adakah dia merasakan usaha mereka selama lebih setahun ini sia-sia sahaja? Adakah selama tempoh itu Zarif sebenarnya... terpaksa?

“Nevermind.”

“Zarif...”

“Are you done? Let’s go. Saya ada meeting dengan klien kejap lagi.” Ajak Zarif.

Ternyata, Zarif membuatkan dia dalam penasaran.


2 comments:

  1. hohoho.....lucky me,buka2 jek ade n3 br....
    2 sah2 nk mntak clash la 2....
    ngeng la Zarif 2....
    Dalia+Ian....cm better yg ni jek,hehehe.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      kita jangan bagi Zarif clash lagi dengan Dalia ^^
      thanks for reading :)

      Delete