“WHAT’S wrong with you, huh?”
Kuat
sekali suara itu menjengah ke gegendang telinganya. Terangkat sedikit bahunya
disergah sedemikian rupa.
Dalia
menggosok-gosokkan kedua-dua belah telinganya yang terasa perit. Tak ubah macam
terkena kuali panas sahaja lagaknya. Dijeling lelaki yang bersuara kuat macam
guruh di langit. Nak sangat supaya semua orang tahu kalau volume suara dialah yang paling high sekali. Kut..
“Sorry,
sorry. My mistake.” Kalut sekali Dalia apabila melihat minumannya selamat
menyerap pada baju lelaki itu. Nasib air dah tinggal suku. Kalau penuh, naya..
Waktu
itu dia memang dah diserang panik. Nasib dapat kawal. Namun, kulit mukanya dah
rasa macam tebal berinci-inci. Lagi-lagi melihat banyak pasang mata yang
memandang mereka. Malu tak usah cakapla...
“Jalan
pakai lutut ke apa? Orang lain pun nak cepat jugak. Tapi hati-hatilah.”
Tengking lelaki itu lagi. Ya ampun, kenapa aku rasa macam kena jerkah
dengan pengetua aje ni? Dia dah mati akal lepas kena jerkah. Tak tahu nak buat
apa.
“Saya
tahulah salah saya. Tapi, tak perlulah jerit-jerit macam tu. Sikit lagi nak
pekak tau.” Balasnya perlahan. Orang ramai yang lalu lalang di ruang legar KLIA
memandang sahaja mereka. Malu, malu... Boleh jatuh sahamnya.
Lelaki
yang memakai beanie hat warna coklat muda memandangnya
dengan penuh perasaan. Geram, marah, menyampah, atau mungkin terpaku dengan
kecantikkannya? Haha, sempat lagi berangan.
“You ni jalan tak pakai mata ke apa?
Tengok apa dah jadi. Eii, menyusahkan betullah.” Lelaki itu merungut marah
sambil menyuakan baju T-shirt birunya pada Dalia. Eleh, macam aku tak tahu.
Yela, yela.. Salah aku. Eksyen la mamat singa ni. Agak-agaklah nak marah aku.
Tak malu ke orang pandang-pandang?
“Hoi,
sempat lagi berangan?” Marahnya apabila dilihat gadis di depannya macam blur
saja sambil memandang bajunya yang bertukar warna. Dek penangan Iced Caffe’ Mocha milik si gadis.
“Maaf.
Saya tak sengaja. Sungguh. Erm..” Dalia mengagau sesuatu di dalam beg
sandangnya. Bersusah payah dia meneroka sesuatu dan akhirnya berjaya juga
ditemui. Dihulurkan tisu pada lelaki itu. Lelaki itu memandangnya pelik.
“Kenapa?
Ambillah, lap dulu bagi kering sikit. Nanti saya pergi cari T-shirt lain untuk
awak.” Itu sahaja idea yang dia dapat fikirkan.
Dalia
masih cuba mencerna pandangan lelaki itu terhadapnya. “Apasal pandang macam tu?
Takkan awak nak suruh saya lapkan? Ambillah.” Disuakan tisu yang masih belum
bersambut.
“Hell
no!” Lelaki itu bersuara tiba-tiba. Geram dengan perilaku Dalia.
Apa
main hell hell ni? Teringat pula dia akan
rancangan Hell’s Kitchen yang selalu dia hadap. Ni dah ala-ala
kena bambu dengan Chef Ramsey pun ada rasanya.
“Malang
betul jumpa perempuan macam ni. Hey, miss. Lain kali jalan tengok depan eh.
Jangan main redah aje. Nasib you bawak air sejuk, kalau kena air panas
macam mana? You nak bertanggungjawab?”
“Maaf
encik. Saya tak sengaja. Nak elakkan budak kecil yang berlari tadi, terlanggar
encik.” Beritahu Dalia lagi. Takut juga dia melihat muka singa lelaki di
depannya ini. Masam mencuka. Ingat hensem ke? Tapi nak buat macam mana, benda
dah jadi.
“Maaf
ye.” Sekali lagi dia meminta. Dah naik berbuih mulutnya, namun lelaki itu masih
dengan sikap egonya. Macamlah harga bajunya beribu-ribu. Dah minta maaf, terima
ajelah. Nak suruh aku buat apa lagi?
“Maaf,
maaf. Ish, annoying betullah.” Lelaki itu merungut lagi,
untuk kali yang entah ke berapa. Sudahlah dia bad
mood hari ini, pulak tu
bertembung dengan perempuan cuai. Tak fasal-fasal habis comot baju baru pakai.
Dalia
menghela nafas perlahan.
Pertama,
dia tensen ramai sangat yang asyik usya ‘sinetron’ dia dengan mamat singa itu.
Kedua,
dia dah tak tahan asyik kena sindir+perli+marah oleh mamat singa itu. Lagi pun,
memang dia tak sengaja. Diulangi, T.A.K S.E.N.G.A.J.A. Dah minta maaf pun,
masih juga nak marah.
Ketiga,
dia takkan sanggup bazirkan air feveretnya. Takkan!
“Encik,
yang jual mahal sangat kenapa?”
Lelaki
itu angkat wajah. Amboi, melawan nampak. Dia menanti bait yang seterusnya dari
bibir mungil itu.
“Kan
saya dah minta maaf. Yang payah sangat nak terima kemaafan daripada orang lain
kenapa? Nak gantikan baju pun sombong. Takkan sampai besok pagi saya nak kena
hadap perangai childish encik ni? Menyesal tak beli Caffe’ Americano tadi. Barulah berbaloi nak kena
dengar encik merungut macam budak kecik.” Ayat kedua yang terakhir dilontarkan
secara perlahan. Kang tak fasal kena saman sebab berniat nak mencederakan diri
dia.
Lelaki
itu telan liur. Macam pasir tersekat di kerongkong. Perempuan ni, memang nak kena!
“You!”
Lelaki itu angkat jari telunjuknya. Tepat ke hidung Dalia.
Dengan
pantas Dalia mengeluarkan satu not RM50 yang terselit kemas di dalam purse merah jambu kesayangannya. Direnung
seketika wang tersebut sebelum diletakkan ke dalam genggaman lelaki itu. Huih,
berani giler kau Dalia. Tak pernah-pernah dibuatnya kau sentuh tangan orang
asing sembarangan. Lelaki pula tu. Tak fasal-fasal dapat dosa seketul.
“Nah,
encik. Duit ini aje yang ada dengan saya. Disebabkan saya pun dah lambat sangat
ditambah dengan encik yang tak nak bagi kerjasama, maka saya bagi ini sebagai
tanda minta maaf.” Serentak dengan itu juga telefon bimbitnya menjerit-jerit
minta diangkat.
“Saya
undur diri dulu ya encik. Maaflah kalau harga baju encik tak setanding dengan
RM50 tu, tapi untuk hantar dobi cukuplah kan. Bye
bye encik. Harap tak jumpa
lagi.”
Dan
berdesup Dalia berlari-lari anak meninggalkan lelaki dengan beanie hat itu. Nasib dia berjaya meloloskan diri
dalam celahan orang ramai. Dia sempat berpaling, melihat lelaki itu merenung
tajam ke arahnya.
Aduh,
Dalia. Berdoalah semoga tak jumpa lagi lelaki singa tu. Tengok, percuma aje
duit kau terbang. Siap dengan pakej dosa lagi tadi. Astaghfirullah...
No comments:
Post a Comment