Tabung Ayam

Friday, February 15, 2013

Bab 6


“WHAT are you doing here, Ian?”

Wanita cantik itu menyoal Tengku Adrian. Lelaki itu kelihatan tenang. Wajahnya tidak sesinis sebentar tadi.

“Nothing. We are discussing.” Beritahu Tengku Adrian.

"Sorry kalau I mengganggu. Dari dalam butik, I nampak you tadi. How are you?"

"I'm doing fine. Tahniah atas pembukaan Butik Qaseh."

"Thank you. Who is she?” Tiara inginkan kepastian.

“She is my girl.”

Spontan Dalia rasa mahu pitam. Dia belum pekak lagi untuk silap dengar ayat yang baru diucapkan lelaki itu.

Wajah Tiara semerta berubah. Atas bawah penampilan Dalia dia perhatikan. Mustahil gadis seperti ini menjadi teman Tengku Adrian. Dia pasti tentang itu. Sangkanya tadi, lelaki itu berbicara dengan pekerjanya. Ternyata, telahan Tiara jauh tersasar.

“Hi.”

Sapaan itu dingin sekali.

“Sebenarnya cik-“ Tengku Adrian segera memegang lengan Dalia yang berlapik dengan T-shirt lengan panjang.

“Kami sebenarnya nak ke butik you. My girl teringin nak shopping ke sana.” Laju Tengku Adrian memotong percakapannya.

Ya Allah, bala apalah yang mamat singa ni nak bagi pada aku? My girl apa pulak ni???

Dalia masih bingung sebenarnya. Entah apa sahaja nasibnya hari ini.

“Oh, I see. I have to go. Pekerja I ada untuk layan both of you. Feel free to shop there.”

Tiara meminta untuk undur diri. Sakit pula hatinya melihat gandingan tidak sepadan itu.

******

WAJAH muram itu dipandang bagaikan mahu dia telan hidup-hidup.

“Awak gila ke apa?”

“Shut up.”

Dalia rasa seperti sebaldi lumpur baru sahaja disimbah ke mukanya. Lelaki ini memang gila!

“Tak patut awak babitkan saya. Saya tak kenal awak pun. Apa hak awak buat macam tadi?”

Lelaki itu tiba-tiba mengaku yang Dalia ialah kekasihnya. Hujan takde, ribut takde, tiba-tiba dia dijadikan mangsa keadaan. Masih jelas wajah mendung wanita itu saat lelaki itu mengucapkan “She is my girl.”

Dalia agak kalau mereka berdua ada kisah silam bersama. Meskipun begitu, Dalia yakin kalau dia tidak seharusnya terbabit sama. Walau sekadar watak picisan sekalipun.

Masih terasa hangatnya saat lengannya dipaut lelaki itu tadi. Astagfirullah... Dalia singkirkan perasaan itu jauh-jauh. Malu.

“I takde mood nak dengar you membebel.”

Mahu sahaja dia lepuk kepala lelaki itu dengan novel yang baru dia beli. Lagi lama dia di situ, lagi serabut kepalanya. Stress!

Malas memanjangkan cerita, Dalia angkat kaki dari situ. Sewaktu dia berpaling, mamat singa itu sudah tiada di situ.


post signature

3 comments:

  1. best....
    next n3 ksi la pnjang sket cik writer.... ;)

    ~~ZQ~~

    ReplyDelete
  2. tq :)
    saya try belajar olah bagi panjang ..

    ReplyDelete
  3. 'she is my girl....'
    jangan kata Dalia je rasa nak pitam, sy pun sama... huhu...

    ReplyDelete