Tabung Ayam

Monday, March 11, 2013

Bab 14

BARU sahaja tadi keluarga Zarif bergerak pulang. Dalia benar-benar diserang rasa bersalah taktala melihat wajah-wajah yang dia sayangi. Ternyata, Uncle Bahrin, Aunty Aisyah dan juga abah redha dengan apa yang terjadi. Mereka menerima apa yang terjadi sebagai suratan takdir. Namun mama sepertinya masih lagi marahkan Dalia. Mama langsung tidak mahu memandangnya tadi. Dalia tahu, pasti mama malu dan kecewa selepas mereka begitu gembira dan beria sekali untuk berbesan dan menjadi satu keluarga yang besar. Apakan daya, sudah tertulis jodoh Dalia dengan Zarif setakat di situ sahaja. Bukankah lebih teruk jika mereka putus taktala memegang status sebagai tunang nanti? Dalia pasti, Allah telah merencanakan sesuatu yang jauh lebih baik untuknya. Ada hikmah di sebalik semua dugaan dan air matanya yang asyik sahaja mengalir sebelumnya.

Dalia akan cuba berbicara dengan Puan Zahara. Tetapi, dia tahu kalau sekarang bukanlah waktu yang sesuai. Mama sangat marahkannya. Dalia hampa bila mama tidak mahu mendalami isi hatinya. Dia juga kecewa. Demi Allah, Zarif ialah lelaki yang selalu dia doakan untuk menjadi pembimbing dan pelindungnya nanti. Apakan daya, semuanya sudah berakhir. Dia perlu buka buku baru. Zarif cuma kenangan silam. Juga pengajaran untuk dirinya.

Alunan lagu Taylor Swift secara tiba-tiba menyedarkan Dalia yang asyik melayan perasaan di atas buaian rotan. Satu nombor yang tidak dia kenali terpapar pada skrin telefon. Belum pun sempat Dalia hulurkan salam, si pemanggil terlebih dahulu menyapanya.

“Where are you?” Satu suara serak basah yang agak asing kedengaran. Dalia angkat kening. Salah nombor barangkali.

“Sorry. You’re calling a wrong number.”

“Wrong number? Yeah, sure Dalia. What a pro trick.” Balasnya. Eh, macam mana dia tahu nama aku? Takkanlah... “Where’s my breakfast? Cuba tengok jam sekarang? Almost noon.”

Aduhai, celah mana la dia dapat nombor aku. Wait Dalia, kalau dia boleh upah orang untuk intip Zarif, setakat nak dapat nombor kau celah kuku aje kut.

“Are you serious?” Dalia seakan tidak percaya. Tajam betul fikiran dia ni. Ingatkan hari itu sekadar main-main sahaja. Tapi, takkanlah dia nak suruh aku sediakan breakfast? Apa jenis cara nak balas jasa dia ni? Kalau setakat belanja makan ke, boleh lah jugak. Ini tak, dah ala-ala nak jadikan aku maid tak bertauliah dia aje ni.

“I ni memang stok tak serius ke?” Marah nampak?

“Saya bukannya maid awak. Lagipun, saya tak pandai masak. Langsung tak pandai.” Bohong Dalia. Padahal, dia ialah pembantu terbaik mama sewaktu memasak.

“I lapar ni. You janganlah nak buat lawak pulak. I’ll send you my address. Come here as soon as possible. Kalau tak...” Ada terselit ugutan di hujung ayatnya.

“Kalau tak apa? Macamlah takde cara lain untuk saya balas jasa awak? Yes, awak memang dah selamatkan saya. Tapi, pilihlah cara lain. Saya belanja awak makan eh?” Dalia buat tawar menawar. Gila apa nak pergi rumah dia. Tak kenal pulak tu. Entah apa-apalah yang mamat ni fikirkan.

“Stop joking, girl. You better come here now or else, gambar-gambar tunang-tak-jadi you tu akan tersebar. You pilih, nak I send to your parents first, or his parents?”

Dalia ketap bibir. Seakan tidak percaya. Dasar main kotor! Nampak sangat berkira. Pulak tu busuk hati. Silap haribulan abah boleh masuk wad nanti. Eii... geramnya aku dengan mamat singa ini!!!

“Awak ni kan-“

Tuuttt... talian dimatikan sebelum sempat Dalia berkata-kata. Dia renung skrin itu dengan rasa tidak percaya. Arghhhh!!!



Dia ragu-ragu dengan tindakannya ini. Belum pernah Dalia buat kerja gila ini. Memang gila. Lambat-lambat, Dalia tekan juga minyak hingga sampai ke pondok pengawal. Dalia buka cermin tingkapnya. Separuh mukanya ditutup dengan sapu tangan. Matanya bundarnya dilindungi dengan sepasang cermin mata hitam. Bertujuan untuk elak daripada dicam.

“Cik Dalia ya?” Sapa pengawal keselamatan tersebut selepas meneliti nombor plat kenderaannya. Aik, macam mana pak cik ni tau? Famous sungguh kau ni Dalia...

Dalia angguk sahaja. Mukanya masih dia lindungi.

“Cik boleh terus masuk. Tadi, Tengku dah call saya supaya benarkan Cik naik ke atas. Tak perlu tulis nama dalam buku record.” Beritahunya lagi. Ooo, baru kutahu nak masuk kawasan kondominium elit ni kena pakai tulis nama segala? Apa ke jakun sangat kau ni Dalia?

“Terima kasih.” Balas Dalia sebelum cepat-cepat berlalu pergi. Malas berlama di situ. Lagi-lagi bila dia lihat muka pelik pengawal keselamatan tersebut. Mesti dia dah fikir yang bukan-bukan. Huhu, rosak sudah imej aku. Ni semua Tengku Adrian punya fasal. Kalaulah bukan kerana gambar-gambar tu, sumpah dia takkan ikut telunjuk lelaki itu. Tempah bala aje. Sungguh!

Usai memarkirkan keretanya, Dalia bergerak menuju ke arah lif. Sempat dia berselisih dengan pasangan mat saleh dengan seorang anak kecil. Comelnya, sempat dia memuji. Sesekali matanya meliar dengan suasana cantik dan mewah perkarangan kondominium tersebut. Pasti mahal. Dan pasti bukan calang-calang orang yang dapat menghuni di sini.

Butang nombor 7 ditekan. Dadanya berdebar-debar menuju ke rumah yang bernombor 25-A. Dia berjalan dengan tenang meskipun jantungnya mahu sahaja jatuh tergolek ke atas hamparan karpet di lorong tingkat 7 itu. Ya Allah, apa aku cuba lakukan ini?



“Bodoh!” Marah Tengku Adrian. Kasim yang berada di hujung talian menjarakkan sedikit telefon Nokianya daripada telinga. Perit mendengar Tengku Adrian yang menjerit tiba-tiba.

“Nasib baik dahi aku tak kena jahit. Kalau tak, satu sen pun aku tak bayar kat kau orang.”

“Sorry bos. Kita dah try minimakan kecederaan. Tak terperasan pula terketuk kepala bos dengan cincin hari itu.” Kasim membela diri dan anak buahnya. Tengku Adrian jangan dibuat main. Silap haribulan, RM5,000 yang dijanjikan tinggal habuk saja.

“Kepala otak kau. Nasib aku pandai cover. Kata profesional, ini cara kerja kau?” Marahnya lagi. Disebabkan lakonan yang sangat menjadi daripada Kasim and the gang, habis sakit satu badan Tengku Adrian. Nak bangun pagi tadi pun tak larat. Sengal betul.

“Alah bos. Hari itu bos juga cakap nak bagi nampak real. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk bos.”

Kurang asam si Kasim. “Dah, aku tak nak dengar lagi. Karang, kau cek duit. Aku bank in nanti.”

“Oh thank you bos. Nanti ada job, panggil kami lagi ya.” Gembira suara Kasim. Mana taknya, RM5,000 masuk poket. Sekepal pulak tu. Tak padan dengan kerja yang sangat simple. Buat-buat belasah Tengku Adrian walaupun ada juga terbelasah betul-betul. Tak lupa simbah sikit dengan darah palsu yang dibuat dengan madu beli kat Chow Kit yang dicampur dengan pewarna merah dan biru secukup warna bagi nampak real.

“Ingat, lepas ni aku tak kenal kau dan kau juga tak kenal aku. Kita tak pernah berjumpa, berurusan dan berhubung pun. Faham?”

“Orait bos.”

Perbualan berakhir. Tak lama, kedengaran bunyi loceng pintu rumahnya. Tengku Adrian tersenyum bangga. Rancangannya berjalan seperti yang diharapkan...



“Please come in.” Ajak Tengku Adrian. Dalia masih tidak percaya. Dia pandang Tengku Adrian yang santai dengan pijamanya dan dahi yang berbalut plaster. Kakinya masih kaku.

“Takkanlah awak nak saya buat kerja gila ni?” Dalia guna teknik memujuklah kononnya.

“Sweetheart, you dah pun sampai depan pintu rumah I. So, masuk dan masakkan untuk I. Lapar ni.”

“Tengku Adrian, please... Mana boleh saya masuk rumah awak. Berdosa tau tak, berduaan dengan bukan muhrim. Ada syaitan antara kita.”

“Banyak cekadak la you ni. Otak kuning betul. I bukan berselera pun tengok you. Dah, cepat masuk. Nak suruh tabur dengan beras kuning ke baru nak masuk? Ke nak hamparkan karpet merah?” Sindirnya dengan muka tanpa perasaan.

Cap ayam betullah Tengku Adrian. Takde kesedaran sivik ke apa? Mana pergi moral dia ni?

“Don’t worry. Penghuni kat sini tak busy body. You tak perlu risaukan pegawai dari Pejabat Agama.”

Mahu tak mahu, kaki Dalia menapak juga masuk ke dalam. Ya, hari ini dia telah menjatuhkan maruahnya sendiri. Dia malu pada dirinya, pada mama dan abah, pada Allah. Sekalipun hanya untuk memasak kepada Tengku Adrian, niat masih juga tidak menghalalkan caranya...



post signature

2 comments:

  1. Wahhhh,makin lama makin best n teruja sesgt nk tggu ur next n3....
    gud joob...
    ~~ZQ~~

    ReplyDelete