PETI ais dibuka bagi mencari bahan untuk dimasak. Tengku Adrian memang
buat dia seperti orang gaji. Siap order menu mengalahkan makan kat restoren.
Kan senang kalau aku bawak aje dia ke kedai. Nak melantak gajah rimau pun
takpe, tak kisah. Ni, sengaja menyusahkan aku nak makan itu ini. Macamlah aku
ni tukang masak kat hotel. Eii, susah betul bila dah termakan budi + kena ugut
lagi. Apa, otak dia dah mereng ke lepas kena belasah? Itu yang jadi minta benda
yang bukan-bukan... Sabar ajelah...
Dalam
mulutnya mengomel tak puas hati, Dalia keluarkan juga ayam seekor. Dalam kepala
dah set nak masak apa untuk tuan raja seorang tu. Tadi, Tengku Adrian demand
nak makan nasi beriani lah, ikan siakap tiga rasa lah, gulai ikan masin dengan nenas
lah, puding karamel lah. Pelbagai jenis termasuklah yang tak pernah Dalia
dengar, lihat dan rasa. Tapi, bila bukak peti ais dan godek-godek kabinet
dapur, satu bahan pun takde untuk merealisasikan resepi impian orang yang sakit
tu. Entah apa-apa lah Tengku Adrian ni. Dah tahu barang dapur banyak yang
tiada, lagi mahu minta macam-macam. Dia fikir, Dalia ada poket Doraemon
barangkali?
Last-last,
dia cuma boleh sediakan ayam masak kicap dengan telur dadar sahaja. Tu pun
nasib baik sebab bahan-bahan nak memasak di dalam dapur mewah Tengku Adrian
sangat limited. Takde apa pun. Kalau tak puas hati juga, Dalia peduli apa. Dia
pun tak selesa berdua-duaan dengan Tengku Adrian dalam kondo itu.
Tak
sampai sejam, dua hidangan istimewa itu siap terhidang di atas meja makan.
Dan-dan saja Tengku Adrian muncul dengan T-shirt putih dan seluar pendek bawah
lutut. Rambutnya nampak basah. Dia tarik kerusi. Dan duduk diam memandang Dalia
yang seperti bersiap-siap untuk pulang. Almaklumlah, hutang dah setel.
“Nak
pergi mana?” Tanya Tengku Adrian sambil mengisi nasi ke dalam pinggan.
“Baliklah.
Dah siap masak untuk awak, kan?” Beritahunya.
“Siapa
cakap you boleh balik? By the way, I tak expect pun you masak simple macam ni?
Mana menu yang I minta tadi?”
Ek
eleh.. Mengada betullah dia ni. Kenapa lah aku boleh terjebak dengan makhluk
yang bernama Tengku Adrian??
“Tengku
Adrian, barang dapur rumah awak tak cukup. Nasib ada ayam, telur, kicap, bawang
putih, bawang merah, cili dan beras. Kalau tak, saya ingat nak masakkan bubur
nasi aje tadi.” Balas Dalia geram. Tengku Adrian buat tak tahu. Mulutnya asyik
mengunyah, itu yang diam tak berbalas gamaknya.
“Saya
balik dulu.”
“Stop
there.” Halang Tengku Adrian.
“Kenapa
pulak?” Langkahnya mati. Dia pelik.
“Siapa
suruh you balik? Nanti, I dah siap makan, siapa yang nak kemaskan semua ini?”
Ya
Allah, apa jenis manusia ni? Basuh pinggan pun berkira?
“Takkanlah
saya juga yang kena buat semua tu?”
“Itukan
kerja orang perempuan.” Balas Tengku Adrian sambil meneguk jus oren yang
disediakan oleh Dalia. Matanya tajam merenung Dalia yang memang tidak puas
hati.
“Kenapa
awak buat saya macam ini?” Dan Dalia, kenapa mesti kau ikut segala telunjuk
dia?
“Simple.
Satu, I dah selamatkan you daripada bertunang dengan kekasih adik sendiri. Dua,
I dah selamatkan you daripada penjahat. Dan ketiga, sebab you tak nak gambar-gambar
tu tersebar.” Beritahu Tengku Adrian selamba tanpa sebarang perasaan. Nasi dia
tambah lagi sekali. Perut dah lapar, masak ringkas begini pun jadi best. Kalau
kat villa, mahu mengamuk mama kalau ada dua lauk begini aje atas meja. Prinsip
mama, jangan kedekut nak hidangkan makanan buat keluarga. Mahal tak apa.
Wajah
Dalia merah walaupun bahang aircond terasa memenuhi segenap ruang. Ini semua
mengarut! Kalau tak ikhlas, buat apa sibuk tolong aku? Dah pasti, memang ada
sebab di sebalik semua pertolongan dia selama ini. Eii, bencinya aku!
“Marah?”
“Should
I?”
Tengku
Adrian angkat bahu.
“Sudahlah.
You better get out of my sight. Nak makan pun tak senang. Why don’t you pergi buat
laundry. Pakaian I banyak yang tak berbasuh. Lucky I met you. Kebetulan I pun
memang tak ada maid sekarang. So, sesuai sangatlah tu.”
Tengku
Adriaaannnnn!!! Tempik Dalia penuh perasaan. Tapi sayang, cuma berbuku dalam
hati. Nasib baik tak keluar asap ikut telinga.
*************************************
“Nah,
sign kontrak ni.”
Tengku
Adrian hulur satu kertas A4 yang telah siap bertaip. Kontrak apa pulak?
“Untuk
apa?” Balas Dalia yang sedang susun majalah atas meja selepas siap basuhkan
pakaian Tengku Adrian. See, dia memang dah macam maid Tengku Adrian. Bezanya, tak dapat
gaji.
“So,
you tak lari daripada I.”
Dalia
mencebik.
“Saya
ni bukannya maid dari Indonesia, okay?”
“I tak
cakap pun. Dah, sign cepat.”
Ish,
macam kanak-kanak ribena la pulak mamat ni. Suka hati aku lah! Tapi, dia sambut
juga huluran Tengku Adrian. Bila masa la pula dia buat kontrak ni? Dia baca
baris-baris ayat pada kertas itu.
Kontrak
Sebagai Maid Tengku Adrian
1.
Mesti datang bila dipanggil. Tak kira hari dan waktu. As long as Tengku Adrian
call, datang.
2.
Mesti patuh dan tak boleh komplen. Tak puas hati cakap depan-depan.
3.
Sebarang perintah tertakluk kepada mood Tengku Adrian.
4.
Kontrak akan tamat bila parut atas dahi Tengku Adrian hilang sepenuhnya.
Langsung tiada bekas.
5.
Sekiranya syarat 1,2 dan 3 dilanggar, Tengku Adrian berhak untuk buat apa
sahaja.
Nak
ketawa pun ada. Nak marah pun ada. Nak ketuk dahi Tengku Adrian dengan pasu
bunga tu pun ada. Biar berdarah. Biar dia tahu betapa sakitnya hati aku saat
ini. Childish!
“Awak
ni memang takde hati perut ya? Suka ambil kesempatan. Awak ingat kerja saya
goyang kaki 24 jam semata-mata nak tunggu awak? Awak ingat saya takde benda
lain ke nak buat?”
“Life
is cruel. You have to obey the rules.”
“Peraturan
apa macam ni? Tak logik langsung.” Bidasnya geram. Dia bukan dah macam orang
gaji, tetapi ala-ala nak jadi hamba Tengku Adrian pun ada. Kalau nak tunggu parut
atas dahi dia hilang sepenuhnya, sampai ke tua pun belum tentu. Sah-sah nak ambil
kesempatan ni.
“Okay.
Tell me, apa yang you tak puas hati?”
“Everything.
Saya benci dengan semua yang awak taip ni.”
“So, you
pilih untuk semua gambar tu tersebar la? I dapat tahu yang adik you tu model yang
tengah meningkat naik. You nak ke karier dia jatuh sebab you ni pentingkan diri
sendiri?” Tengku Adrian senyum sumbing.
Pentingkan
diri sendiri? Ya, kalau aku pentingkan diri sendiri, dah lama aku pejam mata dan
teruskan pertunangan dengan Zarif. Kalau aku pentingkan diri sendiri, aku takkan mengalah dalam hubungan dengan Zarif. Dan kalau aku memang pentingkan diri sendiri, aku lari aje tinggalkan Tengku Adrian masa dia kena belasah hari tu. Biar dia pengsan situ sorang-sorang. Tengku Adrian memang psiko.
“I think
you setuju lah tu. So, sign here.” Tengku Adrian hulur pen hitam dakwat cair.
“Still..”
“Tak susah
pun apa yang you perlu buat, kan? Don’t waste my time. Sign here.”
Mahu tak
mahu, pen hitam itu menari jua di atas kertas putih. Kerana orang yang menghancurkan
hatinya, Dalia berkorban sekali lagi untuk mereka. Argh, Tengku Adrian memang kejam!
kejam kejam kejam... Dalia nie lembut sangat lah..
ReplyDeleteTengku Adrian ni poyo je lebih. Kesian Dalia... tsk...
ReplyDeletekelakar la.
ReplyDelete