SELESAI mandi dan membersihkan diri, Dalia
memeriksa telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil di tepi
katilnya. Sepi. Tiada sebarang pesanan ringkas yang ditunggu-tunggu. Tanpa
disedari, secalit rasa hampa singgah di hati. Rasa yang sering mendatanginya
sejak beberapa hari yang lalu.
Dalia merebahkan badannya di atas katil.
Lega. Penat juga dia pada hari ini. Seronok pun ada. Majlis makan malam tadi berjalan
dengan lancar dan sempurna. Yang penting, semua pekerja terhibur dan gembira.
Mujurlah juga esok cuti. Boleh juga dia golek-golek
atas katil sampai tengah hari. Hihi.. itu pun kalau teringin nak rasa mama menjerit
dekat telinganya.
Baru sahaja dia berkira-kira untuk melelapkan
mata, telefonnya berdering-dering minta diangkat. Kalau diikutkan hati, ingin
sahaja dia buat derk. Iyalah, siapalah yang akan telefon dia pagi-pagi begini.
Melainkan budak-budak yang baru merasa nak pakai handphone. Suka telefon dan ganggu orang sembarangan.
Dulu, selalu sangat dia diganggu panggilan yang
sama hampir setiap hari. Sampai satu tahap, Dalia terpaksa tukar nombor. Betul-betul
perkara gila dan tak masuk akal. Sampai ke sudah anak sapelah yang gigih mengganggu
dia tidak langsung diketahui. Kekal menjadi misteri.
Melihatkan nama yang tertera di skrin,
jantung Dalia berdegup kencang. Mana taknya, hampir seminggu menghilang,
tup-tup muncul tiba-tiba. Pulak tu, baru aje tadi mama sebut namanya. Macam
tau-tau aje.
Dia menunggu seketika. Takdelah nampaK
macam menunggu sangat panggilan tersebut. Kemudian, punat hijau ditekan. Salam
diberi.
“Dah tidur?” Suara garau di hujung talian
menyapa. Rindu? Entahlah. Mungkin ya. Kerana dia rasa hatinya berdebar-debar
tiba-tiba.
“Baru aje nak tidur.” Balasnya pendek. Tak
tahu nak kata apa lagi. Macam dah takde modal.
“Maaf ganggu. Erm, awak sihat?”
Dalia mengangguk. Macamlah Zarif nampak.
“Sihat, Alhamdulillah. Awak?”
“Saya sihat aje. Cuma bila lawat site selalu kena hujan, macam nak demam
pun ada.” Nada Zarif persis seperti anak kecil yang mengadu pada ibunya. Dalia
senyum. Rindunya saat-saat sebegitu.
“Sibuk, sibuk juga. Kesihatan kenalah
jaga.”
“Ya lah.” Balasnya pendek. Lama mereka sepi.
“Esok awak free? Saya ada hal mustahak nak bincang. If you don’t mind, I’ll treat you a lunch.” Usul Zarif. Dalia
berkira-kira. Mencongak jadualnya esok hari. Dia memang cuti pun. Sepi seketika.
“Hello, Dalia? Awak tertidur ke?”
“Eh, tak..tak.”
“So, esok saya jemput awak kat rumah eh? “
“Erm, takpelah. Saya drive. Lagipun saya memang
nak keluar esok.” Dalia mencongak dalam kepala. Boleh juga dia shopping atau singgah
MPH cari novel baru. Dah lama dia tak jejak kedai buku.
“Are you sure?”
“Ya lah.”
“Erm, okaylah. Jumpa awak esok.”
“Okay then.
Hmm, tidurlah. Awak mesti penat. Esok nak bangun awal pagi.”
“Iyalah.”
“Good
night.”
“Good
night.”
Klik. Talian dimatikan. Dalia merenung
kembali telefon bimbitnya. Mustahak?
No comments:
Post a Comment