JAM yang meliliti pergelangan tangan
kirinya ditatap seketika. Baru jam 12 tengahari. Beerti Dalia masih punya waktu
kira-kira sejam sebelum dia bertemu dengan Zarif seperti yang telah dijanjikan.
Lagi pula, Zarif telah menghantar pesanan ringkas kepadanya pagi tadi.
Memaklumkan lokasi pertemuan mereka setelah lama tidak bersua muka.
Dalia melangkah keluar dari MPH Bookstore setelah membeli 3
buah novel pilihannya. Dia berkira-kira pula untuk berkunjung ke sebuah butik
pakaian milik seorang model terkemuka yang baru sahaja dibuka dan dirasmikan
beberapa hari yang lalu.
Niat di hati dia ingin mencuci mata masuk ke butik
tersebut. Sambil tu, boleh juga dia usha hadiah best untuk diberikan pada Nadya,
temannya yang bakal menyambut hari lahir beberapa hari lagi. Dan kalau ada
rezeki, boleh juga dia lihat model jelita tersebut secara berdepan. Mana la
tahu...
Baru sahaja beberapa langkah diatur, dia terpana. Dalia terpaksa
membatalkan hasrat apabila matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang amat
dia kenali berdiri berhampiran butik tersebut.
Ya. Dalia yakin. Matanya tidak pula rabun. Sungguh. Buktinya,
dia tidak memakai kanta lekap mahupun kacamata.
Mata mereka bertentangan sesaat, dua saat, tiga saat. Masuk
saat yang keempat, Dalia sudahpun memusingkan badannya untuk lari dari kawasan
tersebut.
Ya Allah, janganlah dia nampak aku...
Dalia benar-benar berharap. Walaupun harapan itu sangatlah
palsu. Masakan tidak, sudah terang lagi bersuluh lelaki itu nampak dia seperti
mana dia nampak lelaki itu.
“Where are you going, miss?” Bagaikan magik, lelaki itu sudah
berdiri tegak di depannya. Sekaligus menghalang misinya untuk mengaburkan
diri.
Lelaki itu senyum. Senyum sinis.
Ya. Lelaki itu tidak lain dan tidak bukan ialah mamat singa
yang baru dia jumpa minggu lepas. Betapa kecilnya Kuala Lumpur. Pusing-pusing,
memang aku tak dapat lari daripada dia.
“Oh, hi... Kita pernah jumpa ke?” Dalia mulakan misi lakonan
yang cukup fail.
“Stop joking, girl.”
Failed.
“So?” Dalia buat muka selamba. Walau hatinya dah dup dap dup
dap. Tak tahulah sebab lelaki itu terlalu kacak atau sebab Dalia trauma takut
mamat singa itu tiba-tiba buat sambungan sinetron di situ pula.
“What do you mean by so? Dah lari, lepas itu boleh pulak buat muka
toya depan I?”
Muka toya? Ini satu penghinaan baginya.
“Encik, saya tak rasa yang saya berhutang apa-apa dengan
encik. Saya dah minta maaf, offer untuk bantu encik dan saya pun dah bayar ganti
rugi. So, that’s it. Zero.”
Lelaki itu ketawa mendengar kata-kata Dalia. So funny.
“You maksudkan RM50 tu sebagai ganti rugi? Tak semudah tu. You dah malukan I depan ramai orang and now you
said zero?”
Dalia rasa panas tiba-tiba. Siapa malukan siapa sebenarnya ini?
“Encik ni mengigau ke apa? Encik sebenarnya yang buat kecoh, lagi
pulak nak salahkan saya. Encik ni memang kaki buli, tau?”
Lelaki itu jengilkan matanya. Mulut dia, boleh tahan...
“What are you doing here, Ian?”
Sapaan satu suara lembut dan manja mematikan pertelingkahan Dalia
dan lelaki itu. Dalia berpaling dan melihat seorang wanita cantik.
Tika itu juga dia rasakan seolah dia sedang bermimpi.
No comments:
Post a Comment