Tabung Ayam

Monday, February 25, 2013

Bab 10

SEJAK pulang daripada pertemuan dengan Tengku Adrian petang tadi, Dalia terus berkurung di dalam kamar. Pelawaan Puan Zahara yang mengajaknya makan malam ditolak dengan alasan perutnya sudah kenyang. Padahal, sebutir nasi pun belum dia sentuh.

Dia hilang selera untuk makan. Kebenaran yang baru dia temui tadi adalah sesuatu yang langsung tidak dia sangka. Dia tidak bermimpi untuk dihenyak dengan kenyataan pahit itu. Ya, memang pahit hingga cukup membuatkan Dalia hilang kata-kata.

Di atas sejadah itu, air mata Dalia jatuh bercucuran bagaikan hujan. Dia sapu dengan telekung sembahyang namun masih jua laju menuruni pipinya yang sudah kemerahan. Mengapa dia selemah ini?

Dia cuba untuk bertahan. Dia cuba untuk tabah dan tidak rapuh sebegini namun dia gagal. Dia jua manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Dia salahkan hatinya yang buta menilai. Lebih setahun dia menanam harapan dan impian palsu. Takkan sekali pun matanya tidak dapat melihat kebenaran di depan mata?

Wajah dua insan yang dia sayangi menjelma di layar minda. Sampai hati mereka... Dalia merintih syahdu. Kalaulah dia tahu. Kalaulah dia sedar dari awal dulu. Kalaulah dia tidak pernah memasang impian mengait angan-angan, pastinya hatinya tidak sesakit ini. Dia pasti.

Dan kalaulah bukan kerana Tengku Adrian, pasti sampai sekarang Dalia hidup dalam harapan palsu. Dia sangka bahagia yang akan dia tempuhi, namun sebaliknya yang terjadi. Oh Tuhan, hatinya merintih sayu.

Jauh di sudut hati, Dalia jadi ragu-ragu. Benarkah niat Tengku Adrian itu? Atas dasar apa dia bersusah payah mengupah penyiasat persendirian hanya untuk membentangkan kebenaran itu di depan matanya? Memang kebenarankah itu? Dalia tidak pasti. Namun, masakan gambar yang kaku tiada bicara itu boleh menipu?

Dalia mula hilang arah. Kenapa mesti Tengku Adrian? Lelaki yang tidak dia kenali itu. Dalia yakin Tengku Adrian punya motif di sebalik semua ini. Ada kepentingan yang akan lelaki itu perolehi. Tapi apa? Dalia buntu.

Di dalam kegelapan malam itu, dia melayani kekecewaan hati. Sedikit demi sedikit rasa panas menguasai. Dia cuba bertenang. Hatinya yang sakit dan marah dia cuba basuh dengan doa. Berkali-kali dia membacakan doa itu.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku daripada syaitan yang direjam.

Dia beristighfar dan berterusan beristighfar. Hingga bila dia tertidur, matanya masih jua basah akibat perilaku insan lain.

********

SUARA Encik Hadi yang tinggi awal-awal lagi menyapa telinga Dalia. Dia kalut saat ini. Habis fail-fail yang tersusun kemas di sudut meja dan almari kecil dia geledah. Dia perlu cepat. Dia tidak mahu Encik Hadi berterusan menunggu dan menghambur marah di atas kecuaiannya.

Rakan sekerja yang lain cuma melihat. Tiada daya mahu masuk campur urusan Dalia.

“Ya Allah, mana aku letak ni? Semalam dah siap, tapi kat mana aku simpan?” Dalia bermonolog sendirian. Kepala yang tidak gatal digaru. Dia cuba mengingat. Matanya dipejam celik bagi mengimbas kembali aktiviti yang dia jalani sebelum keluar dari pejabat semalam.

Seminit. Dua minit. Masa berlalu. Encik Hadi masih menunggu di dalam biliknya. Tidak semena-mena, Dalia menepuk dahinya. “Got it!”

Segera dia tarik laci meja. “Sini rupanya. Ya Allah, syukur alhamdulillah. Selamat aku.” Terkocoh-kocoh Dalia menuju ke bilik Encik Hadi sambil memegang fail biru yang diminta tadi. Pintu bilik diketuk, sebelum suara Encik Hadi mempelawa Dalia masuk.

“Maaf, tuan. Ini fail yang tuan minta saya siapkan semalam.” Berhati-hati Dalia letakkan fail tersebut di atas meja Encik Hadi. Wajah garang ketuanya dia pandang sekilas saja. Dalia, Dalia... Apalah nasib kau. Pagi-pagi lagi dah kena marah..

“Mana awak jumpa?” Serius suara Encik Hadi sambil matanya meneliti laporan tersebut.

“Daaa..lam laci meja.” Jujur jawapannya.

“Yang awak kalut sampai habis semua fail atas almari awak geledah, kenapa?” Aisey, sah-sah Encik Hadi sekodeng kelakuannya tadi. Dalia diam. Cuma senyum sumbing.

“Next time, makan buah kismis banyak-banyak biar tajam sikit ingatan.” Selamba Encik Hadi ‘sound’ dia. Setepek kena atas muka. Alah, terlupa sikit aje tuan. Bukan selalu dia lupa macam ni. Dia pun takkan letak fail tersebut sembarangan. Lagi-lagi laporan dalam fail itu penting kerana bakal Encik Hadi gunakan dalam mesyuarat sebelum tengah hari nanti. Dia cuma terlupa sikit aje.

“Iyalah.” Balas Dalia dengan redha.

“Awak tak apa-apa ke?” Tona suara Encik Hadi masuk ke mode prihatin.

Dalia menidakkan. “Saya okey, tuan.”

Kecuali part matanya yang sembab, tapi berjaya dia cover dengan bedak. Dan mukanya yang pucat dan tak bermaya sebab langsung tak sentuh sarapan. Sudahlah semalam dia skip makan malam. Dalia pun tak perasan tapi bila Nadya tegurnya pagi tadi, barulah dia tergesa-gesa tempek bedak pada kulit muka dan sapu lipstick pada bibir lebih sedikit daripada hari-hari biasa. Bagi nampak segar dan bertenaga.

“Awak nampak macam tak sihat. Jalan pun lemah macam tak makan seminggu. Kalau sakit, pergi klinik panel. Dapatkan rawatan. Saya tengok awak ni macam zombie pun ada.”

Ish ke situ pula Encik Hadi ni.. Ada ke patut dia samakan aku dengan zombie? Pengaruh drama Barat sungguh. Teruk sangat ke muka aku hari ini? Hurm...

Tapi, kalau diikutkan hati memang dia tiada daya pada hari ini. Bangun pagi tadi pun dia rasa malas. Hendak datang kerja pun dia tiada mood. Semangatnya pudar. Semuanya hilang dalam satu malam sahaja. Disebabkan atas dasar tanggungjawab dan sedar akan dirinya yang makan gaji dengan syarikat orang, Dalia kuatkan juga dirinya.

“Takdelah. Saya sihat aje.”

“One more thing..." Panjang sekali intonasi Encik Hadi. mencetuskan tanda tanya pula.

"Ya tuan?"

"Sejak bila pulak saya minum teh? Selama dekat tiga tahun awak bekerja bawah saya, rasanya belum pernah lagi kan saya minta awak hidangkan saya teh untuk minum pagi? Awak dah lupa?”

Dalia menjengah sedikit pada mug di atas dulang pada sudut meja Encik Hadi. Dalia, kau ni kenapa????

“Maaf, tuan. Saya tersilap.” Segera Dalia ambil dulang tersebut. Bukannya dia tak tahu, malah dia dah hafal minuman kegemaran Encik Hadi pada setiap pagi. Milo panas. Diulangi milo panas. Entah bagaimana boleh pula dia bancuh teh pada ketuanya itu. Aduhai..

“Saya siapkan air milo tuan sekarang juga. Maaf, saya betul-betul tak sengaja.” Encik Hadi menggelengkan kepala sahaja melihat telatah Dalia yang jarang sekali terjadi.

“It’s okey. Saya pun nak keluar office sekejap lagi. And Dalia, tolong fokus pada kerja awak. Saya tak mahu ada pekerja yang fikirannya merewang entah ke mana waktu bekerja. Bukan sahaja kerja tak produktif, saya pun tak suka. Faham?” Lembut sahaja nasihat itu kedengaran, tapi tepat dan makan dalam. Dalia anggukkan kepala. Tanda dia menerima nasihat tersebut. "Itu sahaja. Awak boleh sambung kerja.” Arah Encik Hadi.

“Baik tuan. Saya keluar dulu.” Dalia meminta izin sambil membawa dulang teh menuju ke pantry. Langkahnya yang kelihatan malas dihantar keluar oleh Encik Hadi.

post signature

Sunday, February 24, 2013

Bab 9

DALIA menarik lafaz lega selepas menyiapkan laporan yang diminta oleh Encik Hadi.  Bekerja di bawah pimpinan seorang ketua yang kadang kala cerewet melampau membuatkan kepalanya pening. Nasiblah dia sudah hadam dengan segala kemahuan, rentak dan cara kerja bapa muda itu. Kalau diikutkan semasa awal-awal dia bekerja sebagai personal assistant Encik Hadi, boleh dikatakan hampir setiap hari dia dilanda stress. Air mata yang mengalir belakang cerita. Banyak kali dia menimbang tara untuk berhenti kerja. Namun, dia kuatkan juga hati. Dia bertabah. Setelah lama, baru dia sedar Encik Hadi tidaklah seteruk yang dia bayangkan.

Encik Hadi sebenarnya seorang majikan yang bertimbang rasa. Marah dan tegurannya semua bersebab. Itu Dalia akui. Jika tidak, masakan dia kekal di situ setelah hampir tiga tahun? Sudahlah kacak dan manis dengan janggut sejemputnya itu. Ramai yang makan hati bila Dalia rapat dengan Encik Hadi. Nasib baik Dalia setia dengan Zarif. Hik hik hik...

Dalia tepuk dahi. Asyik memuji bos sendiri dia terlupa janjinya pada Zarif. Lekas-lekas dia simpan fail yang perlu dia serahkan kepada Encik Hadi pada awal pagi esok ke dalam laci. Dia lihat jam. Sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Ruang kerja kelihatan lenggang. Hanya terdapat beberapa orang rakannya yang masih tekun mengadap komputer masing-masing.

Setelah berpamitan dengan rakan sekerja, Dalia menuju ke lif. Telefon bimbit di dalam beg diambil. Dia lihat ada beberapa missed call dan juga mesej daripada Zarif. Dalia tekan kotak mesej.

Are you done? Saya datang sekarang.

Saya ad kat lobi. Belum siap, ya?

Awak blm habis kje ke?

Sorry, Lia. Ada call, urgent. I have to go. Saya cuba call tapi awak x angkt. So sorry.

Mesej yang terakhir buat Dalia tersedar. Zarif dah pergi. Mesti dah lama Zarif menunggunya. Dia salahkan dirinya yang terlalu asyik sangat sampai tak perasan waktu yang bergerak. Padahal, boleh aje kalau dia sambung kerja tu di rumah. Dia cuba menghubungi Zarif namun tidak berhasil. Dia hantar sekeping mesej meminta maaf kepada Zarif. Harap-harap Zarif tak marah, huhuhu..

Sudahnya, Dalia menapak keluar daripada Bangunan Teguh. Pagi tadi, dia ke pejabat dengan abah. Myvi kuningnya meragam macam baby minta susu. Langsung masuk klinik. Entah esok atau lusa baru boleh jumpa lagi.

Dia baru sahaja mahu menelefon abah untuk datang menjemputnya bila sebuah kereta mewah elok aje berhenti betul-betul di depannya. Dia berganjak ke tepi. Mana tau si pemilik sedang menunggu buah hati.

Tiba-tiba sahaja dia dengar namanya dipanggil. Dalia mencari arah. Positif. 100% tepat. Macam mana dia tahu nama aku? Macam mana dia boleh tahu aku kerja kat sini? Siapa lelaki ini? Mafia mana ni?

“Come in. Now!” Dia yang memakai ray ban, membuat isyarat agar Dalia segera masuk ke dalam perut keretanya. Dalia bergerak setapak ke belakang. Kiri dan kanan serta belakang dia melihat. Mana tahu ada Dalia lain di situ.

“I’m talking to you la, Dalia.”

Dalia tunjukkan jari pada dirinya. Sekadar kepastian.

“Saya?”

Lelaki itu mendengus geram.

“Siapa lagi kalau bukan you. Cepatlah, ingat I ni bodyguard you ke?”

“Kenapa pulak saya nak kena ikut cakap awak?” Dalia buat-buat berani. Manalah pulak pak cik guard ni pergi? Waktu kecemasan gini boleh pulak seorang manusia pun takde kat sini?

“Cepatlah. I ada sesuatu nak discuss dengan you.”

“Bincang apanya? Kita bukan ada urusan pun.”

“Hish, degil betullah perempuan ni.” Lelaki itu menghampirinya. “Cepat masuk dalam kereta. Sekarang.” Tegasnya.

“Apa pulak paksa-paksa saya?”

“Apasal you ni banyak songeh sangat? I ada benda nak bincang dengan you. Tapi bukan kat sini. Faham?”

“Kalau betul pun, cakap ajelah sekarang.” Dalia sudah mula rasa takut.

“Why? You fikir I nak culik you ke?” Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Lagi-lagi melihat muka pucat Dalia. Nonsense...

“Muka awak pun memang muka penculik.” Balas Dalia geram. Not funny okay?

Ketawa lelaki itu terhenti. “Dah, dah. Masuk dalam kereta sekarang.” Lelaki itu tarik tangan Dalia menuju ke keretanya. Dalia meronta-ronta minta dilepaskan.

“Hey, you jangan nak buat drama kat sini boleh tak? For your infomation, my name is Tengku Adrian. Pemilik rangkaian Hotel de’ Sutera kat Malaysia. Dan I takde selera dan kepentingan pun nak culik orang macam you. Why don’t you bagi kerjasama dan kita boleh settle segera. Got it?”

Dalia terpana sebenarnya bila disergah sebegitu. Sudahnya, dia masuk juga ke dalam kereta mewah itu. Nombor plat kereta sempat dia hafal. Manalah tahu, kalau-kalau lelaki itu berniat jahat terhadapnya.

Abah, mama... tolong kakak!

Wednesday, February 20, 2013

Lost In Love

Lagu ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada Kara untuk menulis Demi Janji Kita..
what a beautiful song..
andaikan ia sebagai luahan hati Dalia kepada ... tuuttt...

post signature

Bab 8

DIA tiba di Kinnaree Thai Restaurant lewat hampir 15 minit dari yang dijanjikan. Ketika tiba, kelihatan Zarif menunggunya di meja.

Mujurlah Zarif telah membuat tempahan terlebih dahulu. Waktu Dalia masuk ke dalam restoran, hampir kesemua meja penuh dengan mereka yang menginginkan masakan Thai yang enak.

Zarif menyambut ketibaan Dalia dengan satu senyuman. Dalia diserang rasa bersalah.

“Sorry sebab terlewat.” Ujarnya sambil menarik kerusi menghadap Zarif.

“Tak apa. Saya pun baru aje sampai.” Balasnya.

Mereka duduk di sebuah meja yang sedikit tersembunyi daripada keriuhan. Sambil itu, mereka sempat juga bertukar khabar berita dan berbual ringkas.

Selesai membuat pesanan, masing-masing diserang suasana sunyi. Zarif kelihatan leka membelek telefon bimbitnya. Sama ada memeriksa e-mail atau mesej daripada klien-kliennya, Dalia sendiri tidak tahu. Asyik sangat sampaikan seolah lupa bahawa Dalia sedang duduk di hadapannya.

Bagi menutup resah di hati, Dalia buat-buat godek telefon di tangan. Entah apa yang dia cari, Dalia sendiri tidak tahu. Sekadar cuba melegakan rasa hati.

Pesanan tiba. Mereka mula makan. Dalia mula rasa tidak senang. Zarif beria mahu makan tengah hari dengannya. Namun lagak lelaki itu sekarang seolah terpaksa. Mana tidaknya, sepatah kata pun langsung tidak terbit dari mulut Zarif.

“Zarif.” Panggil Dalia.

Lelaki itu yang sedang menikmati tom yam makanan laut, berpaling memandang Dalia. Bibirnya kelihatan merah. Kesan daripada bahang pedas tom yam tersebut. Kacak, hati Dalia berbisik. Sejuk sikit hatinya berbanding ketika insiden berhampiran Butik Qaseh tadi. Semerta wajah mamat singa muncul tapi cepat-cepat Dalia halau. Serabut.

“Hmm? Kenapa? Makanan kat sini tak sedap ke?” Dalia menggeleng.

“You didn’t say a word. Are you okey? Awak ada masalah kerja ke?”

“Takdelah.” Balasnya pendek.

“Dah tu? Kenapa macam terpaksa aje?” Luah Dalia. Kecil hati. Zarif ketawa perlahan.

“Terpaksa? Maksud awak?”

Dalia diam. Takkanlah Zarif slow sangat nak faham apa yang dia rasa.

“Merajuk? Please don’t.”

“Mana ada.” Tukasnya.

Nasi dimasukkan ke dalam mulut. Mak oii, pedasnya! Apa yang aku sumbat ni? Segera dicapai jus epal dan disedut laju. Namun, cuba dikawal agar tidak ketara di mata Zarif. Malu la! Dikerling pinggannya. Tengok, cili padi hijau disangkakan sayur kacang panjang!

“Sorry. Saya sibuk sejak akhir-akhir ni. Projek baru banyak yang masuk.” Zarif menerangkan. Dalia mendengar. Dia sedia maklum dengan skop pekerjaan Zarif itu. “Langsung tak call or message awak. I am a bad boyfriend, am I?”

“Awak ni kenapa? It’s okay, saya faham.”

Padahal, jauh di sudut hatinya menidakkan apa yang baru dia ucapkan. Sejujurnya, dia selalu rasakan seolah tidak penting langsung kehadirannya dalam hidup Zarif. Takkan sekeping mesej pun tak sempat?

“Awak terlalu baik, Dalia. Dan saya bersyukur untuk itu.”

Terlalu baik? Apa maksud awak, Zarif?

Lama suasana sepi melewati mereka. Zarif melonggarkan sedikit tali lehernya. Dia menghelakan nafas. Cuba membuang debar di dada sekaligus mengumpul kekuatan untuk berterus terang. Sanggupkah?

*****

“Awak cakap ada hal mustahak nak bagitahu kat saya. Apa dia?”

Dalia meluahkannya selepas Zarif selesai menghabiskan makan tengaharinya. Bukan apa, Dalia diselubungi pertanyaan yang bermacam-macam dalam kepala otaknya. Tambah lagi dengan sikap Zarif yang dirasakan lain dari hari sebelumnya.

“Takde apa-apalah.” Zarif memandang wajahnya. Lama.

Dalia rasa pipinya sudah mulai memerah taktala direnung Zarif sebegitu. Redup mata lelaki itu sukar untuk dia tafsirkan.

Zarif  sudah lama dia kenali. Hubungan keluarga mereka sangat akrab. Dulu, sewaktu mereka masih di bangku sekolah rendah, Zarif, Iyris dan dirinya ialah rakan sepermainan. Mereka sering bermain bersama-sama hinggalah keluarga Zarif berpindah ke Singapura.

Apabila keluarga Zarif kembali menetap di Malaysia, Dalia tika itu di tahun akhir pengajiannya di universiti. Keluarga mereka saling bertemu dan kunjung mengunjungi namun hubungan Zarif dan Dalia sedikit kekok. Masakan tidak, mereka terpisah ketika masih bersekolah rendah. Alih-alih, bertentang mata ketika sudah besar panjang. Hilang segala kemesraan yang pernah mereka ciptakan suatu ketika dulu.

“Dalia, awak dah bersedia untuk bertunang dengan saya?”

Dalia diserbu 1001 perasaan taktala soalan itu spontan keluar daripada bibir Zarif.

“Kenapa awak tanya macam tu?” Pertanyaan Zarif dibalas dengan pertanyaannya.

“I am curious.” Balasnya pendek.

Dalia sisip jus yang berbaki. Dia sendiri tidak pasti apa jawapan yang perlu dia berikan.

Namun, dia yakin. Hatinya pasti.

Bertunang dengan awak, beerti saya mengambil waktu untuk menyiapkan diri saya sebelum menempuh alam perkahwinan dengan awak. Mental dan fizikal. Awak tahukan erti pertunangan kita ini sangat besar dan bermakna buat mereka. Sekalipun atas desakan ibu bapa kita, saya jujur mengakui yang saya sememangnya sukakan awak, Zarif. Demi Allah, saya bersedia untuk bergelar suri awak suatu saat nanti.

“Awak tak yakin pada saya?”

Zarif menggeleng. Mana mungkin. Dia tahu bahawa Dalia itu seorang yang baik. Terlalu baik buat dirinya.

“Saya tahu awak ikhlas, Dalia. Cuma...”

“Apa maksud awak?” Hatinya sedikit goyah. Terusik dengan jawapan Zarif.

Adakah Zarif tersepit dalam keadaan ini? Adakah dia merasakan usaha mereka selama lebih setahun ini sia-sia sahaja? Adakah selama tempoh itu Zarif sebenarnya... terpaksa?

“Nevermind.”

“Zarif...”

“Are you done? Let’s go. Saya ada meeting dengan klien kejap lagi.” Ajak Zarif.

Ternyata, Zarif membuatkan dia dalam penasaran.

Saturday, February 16, 2013

Bab 7