TAS tangannya dicampak
geram ke atas katil king size sebaik sahaja pintu kamar mewahnya dibuka. Gadis
yang cantik berambut ikal hampir ke paras pinggang itu mendengus geram. Hatinya
sakit bagai dicarik-carik. Ingin sahaja dia menjerit sepuas hatinya. Namun
memikirkan kesunyian malam yang berlabuh, dibatalkan hasrat. Bimbang kalau-kalau
mummy dan daddynya di kamar sebelah terdengar jeritannya nanti.
Dia mundar mandir bagaikan
cacing kepanasan. Serba tak kena lagaknya. Serabut dan rimas! Lantas, Tiara
melabuhkan duduknya di sudut tempat peraduan. Dia meraup wajah mulusnya
berulang kali. Dihembuskan nafas kasar. Cuba dilepaskan rasa yang membengkak di
dalam dada. Namun, tetap juga dia gelisah.
Dia ingat lagi bagaimana
mesranya Tengku Adrian dan gadis itu. Meski dari jarak yang jauh, dia dapat
lihat semuanya. Sungguhpun tidak semesra seperti mereka suatu waktu dulu, namun
masih juga mengundang cemburu di dalam hati. Tengku Adrian dan gadis itu
kelihatan bahagia bersama. Gadis yang... tidak terfikir olehnya akan lelaki itu
dekati.
Sejak mereka berpisah, Tengku
Adrian tidak jemu menagih kasihnya. Berbagai cara dia gunakan agar lelaki itu
sakit hati dan mengalah, namun masih juga gagal. Tengku Adrian bukanlah lelaki
yang mudah berputus asa. Tapi kini, pabila melihat lelaki itu di samping gadis
lain, dia diserang rasa cemburu. Dia pasti Tengku Adrian sengaja menyakitkan
hatinya. Atau memang lelaki itu sudah melupakannya?
Mereka berbual. Tengku Adrian
ketawa, lepas dan bebas. Tiada langsung kesuraman dan kelukaan yang sentiasa
memayungi wajah itu sejak mereka berpisah dulu. Mungkinkah Tengku Adrian kini
benar-benar telah berjaya melupakan dirinya? Memadamkan bara hangat kasih yang
pernah mereka jalinkan bersama? Cinta pertama dan terakhir yang selalu lelaki
itu ucapkan?
Tanpa dia paksa, air mata yang
ditahan mengalir laju membasahi pipi. Dia rindukan Tengku Adrian. Dia terpaksa.
Kalaulah Tengku Adrian tahu akan hal yang sebenarnya, mampukah lelaki itu
memaafkan tindakannya yang memutuskan hubungan di saat mereka bakal disatukan?
Dan tahukah Tengku Adrian yang dia sama sekali tidak pernah melupakan lelaki
itu?
“I terserempak dengan bekas kekasih you bersama seorang
perempuan tengah lunch dekat hotel tadi. You know what, mereka nampak mesra
sangat.”
“I bet that girl ada sesuatu yang boleh buatkan Tengku
Adrian yang pernah gilakan you tu terpikat padanya. I ingat stok-stok Tengku
Adrian ala-ala model macam you. Tak sangka kan?”
“I ingat dia masih sayangkan you?”
“Bukan ke you pernah cakap yang dia masih ambil berat fasal
you even you dah batalkan perkahwinan yang bakal berlangsung?”
“You pasti ke Tengku Adrian masih cintakan you?”
“You better move on, just like Tengku Adrian.”
Kata-kata yang terbit dari mulut
Edina, kawan baiknya masih lagi bermain-main di dalam kepala. Serabut, pening
dan sakit hati yang teramat. Mana mungkin dia akan lepaskan Tengku Adrian.
Hanya lelaki itu yang berjaya menjentik hati wanitanya. Tiara nekad. Kasih yang
lama tergantung perlu dikait dan disambung kembali. Itu dia pasti.
TIARA menyembunyikan senyuman indahnya sewaktu Tengku Adrian
muncul di bilik persalinan. Dapat dilihat menerusi pantulan cermin akan lelaki
itu yang masih lengkap dengan pakaian kerja. Waktu itu, semua model dan make up
artist serta mereka yang terlibat dalam menjayakan pertunjukkan fesyen sempena
Tahun Baru Cina itu semakin berkurang. Yang tinggal hanya beberapa orang
sahaja. Itupun masing-masing sibuk dengan kerja mereka sendiri.
“Sorry I couldn’t make it.” Satu ciuman
hinggap di pipinya. Tiara buat muka tiada perasaan. Dia masih juga asyik
membersihkan wajahnya daripada make up yang tebal. Rimas.
“I miss you so much. I love you.
I promise it won’t happen again.” Ucap Tengku Adrian sambil memusingkan kerusi
yang Tiara duduki agar menghadapnya.
“You selalu berjanji. And guess
what, you mungkir lagi.”
“I tahu tapi I tak dapat nak
elakkan. I meeting dengan klien. Bukannya I sengaja. Lagipun, I kerja keras ini
untuk you juga.” Pujuknya. “Sorry okay?”
“Sorry, sorry. Itu ajelah modal
you.” Balas Tiara. Tengku Adrian tersengih kacak. “Nak I tolong remove kan make
up you?” Pujuk Tengku Adrian.
“Tak perlu. I’m done.”
“Really? I ingat you masih ada
make up on your face?”
“Why?”
“Because you look gorgeous.
Always.”
“Stop it. You saja nak sakat I,
kan?”
“Taklah. I cakap benar. You
pakai make up ke, tak pakai ke, you selalu cantik. Perfect.”
“You puji I melangit sekalipun, I
tetap merajuk.”
“Janganlah merajuk. I tak reti nak
pujuk.”
“I don’t care.”
“I temankan you shopping, nak? Apa
aje yang you nak, I bayar. Hmm?”
“Apa, you ingat I ni mata duitan
ke? I tak peduli semua itu.”
“I tahu. Habis tu, you janganlah
merajuk. Kesian I, datang sini nak jumpa you. Nak dating dengan you, tapi you pulak
merajuk. Malangnya nasib I.”
“Apa-apalah.” Tiara masih bermain
tarik tali. Dia tidaklah merajuk mana pun, lebih-lebih lagi melihat wajah penat
lelaki itu. Dia cuma ingin bermanja. Melepaskan rindunya.
Tengku Adrian pula mati akal.
Salahnya juga sedangkan sejak seminggu yang lalu lagi dia sudah berjanji akan
menghadiri pertunjukkan fesyen besar itu sebagai tanda sokongan kepada Tiara.
Sudahlah mereka jarang-jarang berjumpa disebabkan kesibukan kerja, dia pula
melukakan hati wanita kesayangannya itu.
“Sayang...” Tengku Adrian
mengagau sesuatu daripada poket kotnya. Dia yakin. Inilah masanya. “I love you
so much.” Lelaki itu menarik nafas panjang. “Will you become my soulmate?
Forever and ever?”
Dengan penuh perasaan, Tengku
Adrian melamar Tiara sambil menunjukkan seutas cincin bertatah tiga butir
berlian yang berwarna biru. Sangat cantik. Namun, cincin itu bukanlah yang
menarik perhatian Tiara saat itu. Sebaliknya kata-kata yang baru dia dengar
daripada bibir lelaki yang sangat dia cintai itu. Terpaku seketika.
“What is this?” Tiara mengajukan
soalan bodoh walaupun dia tahu ertinya. Mindanya seolah blank seketika.
Tengku Adrian tersenyum. “I
mungkin bukan kekasih you yang perfect. I mungkin selalu abaikan you. But I
promise, I akan jadi husband you yang terbaik nanti. I akan jaga dan lindungi you.
I akan sayangi you sepenuh hati I. I takkan sesekali mengabaikan you, sayang. I
sangat cintakan you, dan I nak kita bersatu.”
Air mata Tiara hampir menitis.
Dia sungguh terharu. Mereka berpandangan, lama. Lelaki itu masih menantikan
jawapannya.
“I terima, baby. I terima...”
Beritahunya dengan rasa yang sukar dia gambarkan. Dunianya terasa sempurna saat
itu juga. Tengku Adrian menggapai tangan Tiara sebelum cincin tersebut
disarungkan ke jari manisnya. Tanpa segan, mereka berpelukkan. Terasa dunia ini
hanya milik mereka.
BEST...
ReplyDeleteDah lama tunggu, akhirnya keluar jugak chapter baru. Hee~ Suka suka!
ReplyDelete