Tabung Ayam

Thursday, August 1, 2013

Bab 19

DALIA membiarkan telefonnya yang disetkan ke dalam mode silent, bergetar di atas meja solek. Melihat private number pada skrin sudah cukup menyesakkan hati Dalia. Masuk kali ini, sudah lapan missed call yang dia terima. Si pemanggil bahkan tidak putus asa untuk terus menghubunginya walaupun panggilan tersebut tidak dijawab.

Tidak cukup dengan panggilan, berderet mesej ringkas yang diterima. Tidak perlu baca, terus dipadam supaya hatinya tidak terus sakit. Ikutkan, memang dia serabut dengan gangguan yang tidak terduga itu. Untuk menukar nombor, mungkin tidak. Lantas, dia mengambil keputusan untuk membiarkannya sahaja. Kalau Tengku Adrian sendiri memandang remeh hal itu, mungkin Dalia juga perlu mengabaikannya. Lambat laun, mereka pasti bosan.

Telefon dibiarkan, lalu Dalia merebahkan diri ke atas tilam. Matanya merenung kipas yang berputar di siling dengan hanya ditemani cahaya lampu tidur. Ralit sekali. Dia ingin segera memejamkan mata dan beradu di alam mimpi. Dia ingin merehatkan tubuhnya yang terasa letih. Penat dengan kerja yang berlambak dan juga penat dengan tingkah Tengku Adrian yang perlu dia hadapi saban hari. Itu belum lagi dengan kedinginan yang dia rasakan di rumah sendiri. Sungguh melelahkan.

Pejam celik pejam celik, sudah lebih sebulan sejak dia terikat dengan kontrak gila Tengku Adrian. Memang tidak logik, namun Dalia kalah apabila berdepan dengan lelaki itu. Mulutnya bagaikan terkunci untuk terus membela dirinya supaya bebas daripada perjanjian tidak rasmi mereka dahulu. Lelaki itu cukup petah untuk mematahkan hujahan Dalia supaya mereka tidak terus berhubung. Sudahnya, Dalia cuma dapat marah dan memendam rasa di dalam hatinya sahaja.

Sesekali, pernah juga Dalia mengelak daripada panggilan Tengku Adrian. Namun, lelaki itu tetap muncul di depan matanya. Paling Dalia takut dan terkejut apabila Tengku Adrian tiba-tiba tercegat di depan pintu pagar rumahnya. Alasannya mudah. Dalia perlu temankan dia membeli barangan dapur dan keperluan diri. Lelaki itu memang gila. Demi untuk mengelakkan mama dan abahnya tahu, Dalia terpaksa menuruti Tengku Adrian.

Dan disebabkan Tengku Adrian, Dalia dihujani pula dengan panggilan-panggilan berbeza daripada individu-individu yang tidak dikenali dan yang tidak habis-habis menyuruhnya agar menjauhi lelaki itu. Bukan itu sahaja, Dalia juga dituduh macam-macam. Pasti daripada wanita-wanita yang Tengku Adrian kenali. 

Bermacam cerita kurang enak dan bahasa yang kurang sedap dia dengar, namun motifnya jelas. Dalia perlu menjauhi Tengku Adrian. Pernah Dalia jelaskan hal tersebut kepada Tengku Adrian, tetapi lelaki itu bersikap bersahaja. Macam hal tersebut kecil dan tak penting pun. Peristiwa tengah hari tadi sudah cukup membuktikan sikap Tengku Adrian yang memang tidak peduli walau sedkit pun.

“You pasti ke mereka semua tu bekas girlfriends I? Entah-entah kawan-kawan you saja nak prank kan you, babitkan nama I pulak?” Jawapan Tengku Adrian mudah sekali kedengaran. Bela diri nampak?

“Tolong sikit. Untuk pengetahuan awak, Tengku Adrian, tiada sesiapa pun yang tahu hal antara kita berdua. Dah terang-terang mereka mengaku yang mereka tu kekasih awak. Bukannya bekas kekasih.” Terang Dalia bila Tengku Adrian seolah malas ambil tahu.

“So?” Tengku Adrian memandang Dalia sekilas sebelum dia fokus pada pemanduannya.

“So? So, awak tak perlu lagi gunakan saya untuk buat mereka semua cemburu.”

Tengku Adrian tersengih. Macam kerang busuk. Menyampah betul Dalia melihatnya.

“Bila masa I gunakan you untuk buat perempuan lain cemburu? Nonsense! Cik Dalia, please ingat balik sebab apa yang menjadikan you dan I boleh duduk dalam satu kereta sekarang? Dalam kereta I pula tu? Hmm?”

Dalia mengecilkan matanya seolah tidak percaya. Lelaki ni, memang sengaja!

“Saya tak nak, awak yang paksa. Ugut, ugut, ugut. Itu apa yang awak dah buat dan sedang buat.” Membara sahaja rasa di dalam dada. Kedinginan udara sejuk dan haruman lavender yang memenuhi ruang belum cukup untuk menenangkan Dalia. “Saya tak tahulah, apa masalah awak yang sebenarnya, Tengku Adrian? Kenapa mesti saya? Okay, tak kisah apa pun permainan awak. Jawapannya dah jelas. Ramai perempuan kat luar sana yang sudi temankan awak. Jadi, lepas ini tak payahlah...”

“Kenapa you sibuk nak kisahkan sangat fasal mereka? Let them be, tak luak pun. Dah penat, mereka berhentilah.” Beritahu Tengku Adrian yang tenang memandu. Dalia pandang lelaki itu dengan tidak percaya.

“Memanglah, tapi saya dah tak tahan kena maki macamlah saya rampas awak daripada mereka pun. Sekali dua, mungkin saya boleh bersabar. Tapi, ini dah melampau.” Luah Dalia geram.

“Okay, I faham. Call dan mesej you untuk cakap perkara-perkara yang teruk macam tu memang tak patut. Mereka tu jealous kan you aje. I pun tak sangka ramai yang mengaku sebagai bekas girlfriend I.”

“Jealous apa? Sebab saya kena ikut cakap awak? Langsung tak patut.” Menyusahkan dan menyakitkan jiwa raga, ada lah!

Lelaki itu melepaskan tawa. Dalia yang mendengar seakan tidak percaya. Lucu ke?

“Tak kelakar langsung, Tengku Adrian.” Tawanya terhenti.

“I minta maaf. I tahu you tak selesa. Privacy you dah terganggu. Sorry, semua memang disebabkan I. I admit that.”

“Cukuplah Tengku Adrian. Saya dah letih dengan semua ni.” Mudahnya dia berkata-kata. Tengku Adrian memang sah buaya darat. Dengan semua pakej yang dimiliki, tidak hairanlah kalau dia mempunyai ramai wanita yang beratur panjang serta sanggup untuk melakukan apa sahaja demi untuk mendampingi dan mendekati dirinya.

“Dalia, sejujurnya walaupun muka I ni handsome tapi I bukanlah jenis yang sapu aje semua perempuan yang sukakan I. Prinsip I, berkawan biarlah berjuta tapi berkasih cuma seorang. Simple.”

Sempat lagi dia memuji dirinya walaupun dalam keadaan serius sebegini? Well, walaupun memang betul tapi Tengku Adrian ni memang perasan sungguh. “Kalau mereka nak histeria sekali pun sebab I keluar dengan you, peduli apa? I bukannya milik sesiapa, so apa hak mereka nak marah-marah you. You should take it as... urm... nothing.”

Ya Allah, apa masalah dia ni? Senanglah, yang menadah telinga balik-balik aku juga. “Tengku Adrian, apa lagi yang awak mahukan daripada saya?” Nada Dalia sudah berubah. “Tak cukup lagi ke saya ikut awak ke mana-mana selama ini? Awak buat saya macam tiada perasaan. Saya pun ada maruah. Tak boleh ke awak berterus terang? Apa yang awak inginkan sebenarnya, Tengku Adrian? Perlu ke awak buat saya macam ini?”

Tengku Adrian senyap. Pertanyaan Dalia dibiarkan berlalu. Dalia melepaskan keluhan. Letih dengan semua yang diciptakan oleh lelaki di sebelahnya.

“Tengku Adrian, please. Tolong hentikan sikap awak ni. Awak buatkan saya makin sakit hati dan benci dengan sikap awak.” Fuhh, lega...

“You benci I, Dalia? Sebab you rasa terikat dengan perjanjian bodoh dulu tu, you ikut aje apa yang I minta? Sebab you rasa I blackmail you dengan gambar-gambar adik you dan bekas tunang tak jadi you tu, you simply follow my orders? Itu sebab you benci kan I?”

Ya, memang itu yang aku rasa. Thanks Tengku Adrian because you spill them out for me.

“Get lost dengan semua tu. Wake up, Dalia. Tak cukup ke untuk you bukak mata tu luas-luas? Can’t you see I clearly buat semua ini sebab apa?” Tegas suara itu memenuhi ruang. Dalia terkedu. “You ni memang slow kan? Susah nak nampak apa yang sebenarnya berlaku depan mata you? No wonderlah. Kekasih curang dengan adik sendiri pun you tak nampak, apatah lagi...”

Dalia berang. Tengku Adrian sudah melepasi tahap kesabarannya yang dia kumpul selama ini.

“Stop it! Awak tiada hak untuk sentuh hal peribadi saya.”

“Oh really? I’m so damn sorry for doing that.” Jawapan Tengku Adrian cukup sinis kedengaran.

“Apa masalah awak Tengku Adrian?”

“Enough, Dalia. I’m tired.”

Suara Dalia bagaikan tersekat terus di celahan kerongkong. Tidak mampu untuk terus bertingkah kata dengan lelaki itu, sesuatu yang baru dia berani lakukan pada hari ini. Air liur yang ditelan terasa payau apabila muka Tengku Adrian berubah serius seratus peratus. Siapa yang patut sentap sebenarnya?

“Dah sampai.” Beritahu Tengku Adrian sewaktu mereka tiba di hadapan bangunan Suria Holdings. Dalia merasakan perbincangan mereka belum berakhir dan Tengku Adrian sudah mengisyaratkan agar ia tidak diteruskan. Dalia buntu dengan sikap dan kelakuan Tengku Adrian. Tanpa kata, dia melangkah keluar dari kereta tersebut. Dengan seribu rasa yang membengkak di dalam jiwa.

post signature

Tuesday, July 23, 2013

Bab 18

TAS tangannya dicampak geram ke atas katil king size sebaik sahaja pintu kamar mewahnya dibuka. Gadis yang cantik berambut ikal hampir ke paras pinggang itu mendengus geram. Hatinya sakit bagai dicarik-carik. Ingin sahaja dia menjerit sepuas hatinya. Namun memikirkan kesunyian malam yang berlabuh, dibatalkan hasrat. Bimbang kalau-kalau mummy dan daddynya di kamar sebelah terdengar jeritannya nanti.

Dia mundar mandir bagaikan cacing kepanasan. Serba tak kena lagaknya. Serabut dan rimas! Lantas, Tiara melabuhkan duduknya di sudut tempat peraduan. Dia meraup wajah mulusnya berulang kali. Dihembuskan nafas kasar. Cuba dilepaskan rasa yang membengkak di dalam dada. Namun, tetap juga dia gelisah.

Dia ingat lagi bagaimana mesranya Tengku Adrian dan gadis itu. Meski dari jarak yang jauh, dia dapat lihat semuanya. Sungguhpun tidak semesra seperti mereka suatu waktu dulu, namun masih juga mengundang cemburu di dalam hati. Tengku Adrian dan gadis itu kelihatan bahagia bersama. Gadis yang... tidak terfikir olehnya akan lelaki itu dekati.

Sejak mereka berpisah, Tengku Adrian tidak jemu menagih kasihnya. Berbagai cara dia gunakan agar lelaki itu sakit hati dan mengalah, namun masih juga gagal. Tengku Adrian bukanlah lelaki yang mudah berputus asa. Tapi kini, pabila melihat lelaki itu di samping gadis lain, dia diserang rasa cemburu. Dia pasti Tengku Adrian sengaja menyakitkan hatinya. Atau memang lelaki itu sudah melupakannya?

Mereka berbual. Tengku Adrian ketawa, lepas dan bebas. Tiada langsung kesuraman dan kelukaan yang sentiasa memayungi wajah itu sejak mereka berpisah dulu. Mungkinkah Tengku Adrian kini benar-benar telah berjaya melupakan dirinya? Memadamkan bara hangat kasih yang pernah mereka jalinkan bersama? Cinta pertama dan terakhir yang selalu lelaki itu ucapkan?

Tanpa dia paksa, air mata yang ditahan mengalir laju membasahi pipi. Dia rindukan Tengku Adrian. Dia terpaksa. Kalaulah Tengku Adrian tahu akan hal yang sebenarnya, mampukah lelaki itu memaafkan tindakannya yang memutuskan hubungan di saat mereka bakal disatukan? Dan tahukah Tengku Adrian yang dia sama sekali tidak pernah melupakan lelaki itu?

“I terserempak dengan bekas kekasih you bersama seorang perempuan tengah lunch dekat hotel tadi. You know what, mereka nampak mesra sangat.”
“I bet that girl ada sesuatu yang boleh buatkan Tengku Adrian yang pernah gilakan you tu terpikat padanya. I ingat stok-stok Tengku Adrian ala-ala model macam you. Tak sangka kan?”
“I ingat dia masih sayangkan you?”
“Bukan ke you pernah cakap yang dia masih ambil berat fasal you even you dah batalkan perkahwinan yang bakal berlangsung?”
“You pasti ke Tengku Adrian masih cintakan you?”
“You better move on, just like Tengku Adrian.”

Kata-kata yang terbit dari mulut Edina, kawan baiknya masih lagi bermain-main di dalam kepala. Serabut, pening dan sakit hati yang teramat. Mana mungkin dia akan lepaskan Tengku Adrian. Hanya lelaki itu yang berjaya menjentik hati wanitanya. Tiara nekad. Kasih yang lama tergantung perlu dikait dan disambung kembali. Itu dia pasti.


TIARA menyembunyikan senyuman indahnya sewaktu Tengku Adrian muncul di bilik persalinan. Dapat dilihat menerusi pantulan cermin akan lelaki itu yang masih lengkap dengan pakaian kerja. Waktu itu, semua model dan make up artist serta mereka yang terlibat dalam menjayakan pertunjukkan fesyen sempena Tahun Baru Cina itu semakin berkurang. Yang tinggal hanya beberapa orang sahaja. Itupun masing-masing sibuk dengan kerja mereka sendiri.

 “Sorry I couldn’t make it.” Satu ciuman hinggap di pipinya. Tiara buat muka tiada perasaan. Dia masih juga asyik membersihkan wajahnya daripada make up yang tebal. Rimas.
“I miss you so much. I love you. I promise it won’t happen again.” Ucap Tengku Adrian sambil memusingkan kerusi yang Tiara duduki agar menghadapnya.

“You selalu berjanji. And guess what, you mungkir lagi.”
“I tahu tapi I tak dapat nak elakkan. I meeting dengan klien. Bukannya I sengaja. Lagipun, I kerja keras ini untuk you juga.” Pujuknya. “Sorry okay?”

“Sorry, sorry. Itu ajelah modal you.” Balas Tiara. Tengku Adrian tersengih kacak. “Nak I tolong remove kan make up you?” Pujuk Tengku Adrian.
“Tak perlu. I’m done.”
“Really? I ingat you masih ada make up on your face?”
“Why?”
“Because you look gorgeous. Always.”
“Stop it. You saja nak sakat I, kan?”
“Taklah. I cakap benar. You pakai make up ke, tak pakai ke, you selalu cantik. Perfect.”

“You puji I melangit sekalipun, I tetap merajuk.”
“Janganlah merajuk. I tak reti nak pujuk.”
“I don’t care.”
“I temankan you shopping, nak? Apa aje yang you nak, I bayar. Hmm?”
“Apa, you ingat I ni mata duitan ke? I tak peduli semua itu.”
“I tahu. Habis tu, you janganlah merajuk. Kesian I, datang sini nak jumpa you. Nak dating dengan you, tapi you pulak merajuk. Malangnya nasib I.”
“Apa-apalah.” Tiara masih bermain tarik tali. Dia tidaklah merajuk mana pun, lebih-lebih lagi melihat wajah penat lelaki itu. Dia cuma ingin bermanja. Melepaskan rindunya.

Tengku Adrian pula mati akal. Salahnya juga sedangkan sejak seminggu yang lalu lagi dia sudah berjanji akan menghadiri pertunjukkan fesyen besar itu sebagai tanda sokongan kepada Tiara. Sudahlah mereka jarang-jarang berjumpa disebabkan kesibukan kerja, dia pula melukakan hati wanita kesayangannya itu.

“Sayang...” Tengku Adrian mengagau sesuatu daripada poket kotnya. Dia yakin. Inilah masanya. “I love you so much.” Lelaki itu menarik nafas panjang. “Will you become my soulmate? Forever and ever?”


Dengan penuh perasaan, Tengku Adrian melamar Tiara sambil menunjukkan seutas cincin bertatah tiga butir berlian yang berwarna biru. Sangat cantik. Namun, cincin itu bukanlah yang menarik perhatian Tiara saat itu. Sebaliknya kata-kata yang baru dia dengar daripada bibir lelaki yang sangat dia cintai itu. Terpaku seketika.

“What is this?” Tiara mengajukan soalan bodoh walaupun dia tahu ertinya. Mindanya seolah blank seketika.

Tengku Adrian tersenyum. “I mungkin bukan kekasih you yang perfect. I mungkin selalu abaikan you. But I promise, I akan jadi husband you yang terbaik nanti. I akan jaga dan lindungi you. I akan sayangi you sepenuh hati I. I takkan sesekali mengabaikan you, sayang. I sangat cintakan you, dan I nak kita bersatu.”

Air mata Tiara hampir menitis. Dia sungguh terharu. Mereka berpandangan, lama. Lelaki itu masih menantikan jawapannya.

“I terima, baby. I terima...” Beritahunya dengan rasa yang sukar dia gambarkan. Dunianya terasa sempurna saat itu juga. Tengku Adrian menggapai tangan Tiara sebelum cincin tersebut disarungkan ke jari manisnya. Tanpa segan, mereka berpelukkan. Terasa dunia ini hanya milik mereka.



Saturday, May 11, 2013

Quick Update :)


Assalamualaikum...

Blog bersawang, e-novel pun dah tergantung2 aje. Banyak perkara berlaku. Nak kejar tesis, assignment dll. Lepas tu laptop buat hal, habis semua draft2 DJK yang Kara dah type hilang :'(
Pada yang sudi singgah sini, walaupun dah lama tak update, terima kasih Kara ucapkan. InsyaAllah, Kara akan type balik bab yang dah missing tu..

post signature

Thursday, March 28, 2013

Bab 17



DALIA berjalan menuju ke lif ke pejabat. Kelihatan sudah ramai pekerja Suria Holdings berpusu-pusu untuk masuk ke jabatan masing-masing selepas waktu rehat hampir berakhir. Dalia sempat berbalas senyuman dengan beberapa wajah yang dia kenali. Lif yang penuh menyebabkan dia terpaksa tunggu seketika untuk naik ke tingkat 6.

Teringat kembali peristiwa dia makan tengah hari dengan Tengku Adrian tadi. Tanpa dia sedari, ada satu perasaan halus yang menyelinap ke dalam hati. Dia tidak tahu tapi perasaan itu... Ah, sukar untuk dia jelaskan. Apa yang penting, Dalia tetap tidak berpuas hati dengan Tengku Adrian dan sikap bossy nya itu. Selamba buat keputusan yang tidak masuk akal. Dan Dalia pun, lembik sangat nak melawan. Oh lupa! Bukankah Tengku Adrian ugut nak sebarkan gambar mesra Iyris dan Zarif?

Dalia perhatikan Tengku Adrian yang memotong stik di pinggan. Nampak santai dan penuh bersahaja. Sedangkan Dalia terkial-kial mahu potong sekeping daging yang terhidang di depannya. Macamlah takde menu lain yang nak dipesan. Balik-balik, western food juga yang dipilihnya. Dan Dalia memang tiada pilihan waktu itu. Lagipun, dia mana biasa makan makanan sebegitu. Tekak Melayulah katakan. Nama aje tinggal di Kuala Lumpur, kota metropolitan. Tapi dirinya kadang-kadang, macam rusa masuk kampung pun ada.

Tengku Adrian perhatikan dia seketika. Tanpa banyak bicara, Tengku Adrian tarik pinggannya. Dalia terkedu sebenarnya. Tengku Adrian dengan kacaknya memotong kepingan daging yang dimasak sempurna menjadi potongan yang kecil. Sesuai sekali sumbat terus masuk ke dalam mulut. Dalia kusyuk memerhati. Tak sangka kalau Tengku Adrian akan bertindak sebegitu. Persis sekali lelaki idaman Malaya. Tadi bukan main macam marah aku aje sebab tanya benda yang sama...

“Makanlah.” Suruh Tengku Adrian sambil tolak kembali pinggan ke arahnya. “Thank you.” Sindir Tengku Adrian menyedarkan Dalia. Ceh, nampak sangat tak ikhlas...

“Terima kasih.” Ucap Dalia. Tangannya mula mencucuk potongan daging yang dilimpahi black pepper sauce ke dalam mulut. Hmm, bolehlah...

“This is the best steak in the town. I know, people tend to eat this during dinner time but, I couldn’t help myself. Lama gila teringin nak makan.” Beritahu Tengku Adrian walaupun Dalia langsung tak tanya. Lantaklah nak makan waktu sarapan sekalipun, ada aku kisah? “Atau you nak order yang lain?”

“Tak.” Baru sekarang nak tanya? Time ambil order tadi tak nak tanya pulak?

“You kerja dah berapa lama kat Suria Holdings?” Tengku Adrian tiba-tiba buat sesi temuduga.

“Motif awak bertanya?” Laju saja mulutnya menyoal kembali.

“Tiada motiflah. Saja nak tahu. Tak nak cakap pun takpe. Tak kisah.” Balas Tengku Adrian. Dalia rasa macam Tengku Adrian saja-saja nak mainkan dia.

“Hari itu masa awak upah private investigator untuk siasat fasal Zarif, takkanlah dia tak siasat sekali fasal background saya?”

“Excuse me, fasal you tak masuk list. Bukan kepentingan utama.” Gelak Tengku Adrian memenuhi lounge yang tenang. Selamba badak macam hotel ni dia punya. Tak kelakar pun!

“Awak ni, berdendam dengan Zarif ke?” Tanya Dalia ikhlas dari hati. Dia masih diselubungi misteri dengan budi yang ditabur oleh lelaki yang tidak pernah dia mimpi untuk berada dekat. Lagipun, pertemuan pertama mereka penuh dengan adegan panas lagi memalukan. Terlayar balik bagaimana Tengku Adrian menjerkahnya di khalayak ramai dulu. Jauh benar dengan imejnya sekarang yang nampak seperti seorang lelaki yang mudah didekati.

“Why?”

“Awak tahu kenapa. Awak muncul tiba-tiba di depan saya dan bentangkan segala kebenaran yang tak mungkin saya akan tahu, at least dalam masa yang terdekat itu. Dan tentulah saya nak tahu sebab apa.”

“Biarlah rahsia. Yang penting you dah tahu siapa yang betul-betul lelaki itu cintai.”

Ayat terakhir Tengku Adrian benar-benar menghenyaknya. Ya, itu memang kenyataan yang dia hadapi kini. Dia tahu siapa yang benar-benar Zarif cintai. Aduhai, dia tak mahu ingat lagi kisah dulu. Kenapa perlu hari ini terungkit lagi. Cukup sudah!

Tiba-tiba sahaja Dalia teringat peristiwa di mall, kali kedua dia bertemu dengan Tengku Adrian. Hatinya digeletek dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Macam maggi kari yang menggelegak di dalam periuk di atas dapur gas.

“Next question?” Eh, Tengku Adrian ni membela ke? Macam tahu-tahu aje... Dalia tayang muka tidak berminat. “I tahu banyak benda yang you teringin nak tahu. Spill it out, sementara I masih ada mood nak melayan soalan you.” Ceewah, dah macam artis pun ada.

Gadis manis berbaju kurung itu buat-buat berfikir. “Hari itu, masa dekat Butik Qaseh...” Wajah Tengku Adrian dia pandang. Cuba melihat kalau lelaki itu terkesan dengan kata-katanya, namun langsung tiada. Tengku Adrian tetap juga dengan selambanya.

“Kenapa?”

“Kenapa mesti awak gunakan saya untuk erm.. buatkan model tu pergi begitu aje? Sedangkan kita tak kenal pun.”

“Model?”

“Maksud saya Tiara.”

“You kenal ke dia?”

“La, dia kan model terkenal Malaysia. Tipulah kalau saya cakap tak kenal.” Dalam televisyen, majalah semuanya ada paparkan muka Tiara. Takkanlah tak kenal juga.

“Betul jugak. So?”

“Ermm, kenapa awak cakap macam tu pada dia? Lepas tu gunakan saya pulak.”

“Cakap apa?”

“Ala, takkan dah lupa.” Ucap Dalia sambil cucuk-cucuk stik dengan garpu, ibarat dia sedang ketuk-ketuk kepala Tengku Adrian supaya ingat balik.

“Benda dah lepas, takkan semua I boleh ingat.”

Eleh, tipu kot. Aku boleh aje ingat satu-satu. Tengku Adrian tiba-tiba tarik lengan aku dan bagitahu pada Tiara yang aku ni...Erm.. Alah, segan pulak nak cakap..

“Alah, yang awak cakap...”

“Kenapa you busy body sangat?”

Dalia mencebik dalam diam. Perasan. “Bila pulak? Saja nak tahu, tak boleh?” Of course la kena ambil tahu sebab khidmat aku Tengku Adrian gunakan dulu. Kalau tak, takkanlah sampai Tiara tu boleh berubah air mukanya. Entah-entah, bekas kekasih kut...

“Ada tulis ke dalam kontrak you kena ambil tahu fasal I?” Mahu pitam Dalia dengan perangai berlagak Tengku Adrian yang muncul tak kena masa.

“Fine.” Balas Dalia kembali. Satu potong daging dimasukkan ke dalam mulutnya. Hmm, janganlah petang karang darah naik. Satu, sebab makan daging sebesar tapak tangan ni. Kedua, sebab terlayan tengku kat depan ni.

“By the way, your sister must be very lucky to have someone like you.” Tiba-tiba Tengku Adrian bersuara setelah mereka diam melayan nafsu makan.

Dalia dapat meneka maksud di sebalik kata-kata tersebut. Wajahnya panas tidak diduga. Cepat benar dia terasa walau dengan  ayat mudah seperti itu.

“So?”

“So, dia beruntunglah.”

“Bukan hal awak pun.” Ujar Dalia perlahan.

“I kasihan kan you. Tak patut dia buat macam tu.”

Faham akan maksud Tengku Adrian, Dalia rasa seleranya yang tidak berapa nak ada sejak keluar dengan lelaki itu tadi langsung patah. Kata aku busy body, perangai dia dah macam mamat kepochi! “You should thanked me. At least I save your life. Not once but twice.” Penuh gaya, mutu dan keunggulan sekali lagaknya. Eii, apalah masalah lelaki di depannya ni??

“Tiada kaitan dengan awak, kenapa mesti nak sibuk ambil tahu?”

“Just because I am curious. That’s it.”

“Bukan ada tertulis dalam kontrak pun.” Tengku Adrian meledakkan ketawa. Balas balik nampak?

“Alright. I takkan sentuh fasal tu lagi.”

Baik dia diam. Dengan itu mungkin lelaki yang memakai kemeja biru yang disinsingkan lengannya di depan tidak akan berkata-kata lagi. Dalia pening mahu layan cakapnya yang kadang-kadang macam memperlekehkan orang pun ada. Sekali sekala dia melayan juga perbualan entah apa-apa dengan Tengku Adrian. Kira-kira 40 minit di situ, Tengku Adrian akhirnya menghantar Dalia pulang semula ke pejabat.



Melalui interkom, Dalia dipanggil oleh Encik Hady seusai sahaja bosnya itu berurusan dengan seorang wakil syarikat tempatan berhubung dengan projek usaha sama yang sedang dijalankan. Dalia segera ke bilik yang tidak sampai sepuluh kaki pun daripada mejanya. Fail kertas kerja, sebatang pen dan buku nota dibawa bersama.

“Duduklah dulu.” Pelawa Hady sambil melonggarkan belitan tali lehernya. Dalia segera mengambil tempat. Wajah ketuanya itu tetap nampak kusut meskipun gayanya kelihatan tenang sahaja.

“Tuan tak sihat?” Dalia bertanya pabila melihat Hady memicitkan kepalanya.

“Saya okay, cuma pening sikit.” Beritahu Hady. Dalia faham. Ketuanya itu terlalu sibuk dengan bermacam urusan sehinggakan kadang kala hanya beberapa jam sahaja berada di pejabat. Kebanyakan waktu yang lain, berkejar bertemu klien dan mesyuarat di sana sini. Nasiblah Dalia sudah terbiasa dan mampu menjalankan kerjanya meskipun tanpa lelaki itu.

“Saya ambilkan ubat ya.” Beritahu Dalia sebelum meminta izin untuk keluar. Dia segera mencari kotak first aid namun tiada dijumpai. Lantas, Dalia teringat akan beberapa papan panadol di dalam tas tangannya. Tadi, dia perasan kalau air mineral di dalam bilik Encik Hady masih belum terusik. Lantas, langkah kaki laju dihayun terus ke bilik itu.

“Apa hal sekali pun, I akan tetap jaga Mikail. Selepas apa yang you buat selama ini, I tak rasa you layak pun untuk menjaga dan mendidik Mikail. Yes, you memang ibu dia. Tapi, pernah ke you jalankan tanggungjawab you?” Keras suara Hady yang berbual di talian. Dalia yang sudah pun masuk ke dalam bilik itu terkaku. Memikirkan bahawa dia sudah tersilap kerana masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu seperti biasa. Dia berkira-kira ingin keluar namun, isyarat mata Hady yang memandangnya menghalang. Sudahnya, Dalia berdiri di hujung bilik. Dengan harapan dia tidak akan dituduh mencuri dengar perbualan peribadi itu. Walaupun memang jelas dia mendengar segalanya.

“Stop lah Maya. I dah penat. Dan I tahu you pun sama. Tak perlu kita nak berpura-pura lagi. You boleh balik kepada kekasih you tapi I takkan benarkan you bawa Mikail. You nak ke hujung dunia sekali pun I don’t give a damn but you are not allowed to bring Mikail! Fullstop.”

Dalia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Betullah agaknya cakap-cakap yang melanda jabatan sejak kebelakangan ini berkenaan Encik Hady.

“Cukup-cukuplah call I. Apa hal sekali pun kita settle kan aje kat makhamah. And one more thing, you tak perlu bimbang. I tahu macam mana nak jaga Mikail dengan baik.” Ucap Hady sebelum menghempaskan ganggang telefon. Seolah melepaskan sakit yang tersepit di dalam dadanya.

“Er... tuan. Ini ubat untuk legakan sakit kepala.” Dalia hulurkan sepapan panadol. Dia perlu segera beredar dari situ. Encik Hady perlukan masa untuk bersendirian.

“Thanks.” Ucapnya sambil menyambut pil tersebut. Kalaulah panadol ini pun boleh hilangkan sakit di dalam dadanya...

“Saya keluar dulu, ya. Nanti, kalau tuan nak apa-apa, panggil aje saya. Kertas kerja tu saya dah letakkan atas meja tuan.”

“Dalia...” Panggil Hady.

“Saya minta maaf. Tak sengaja terdengar perbualan.. eh tak sengaja masuk dalam bilik tuan tanpa mengetuk pintu. Saya janji semua yang berlaku setakat dalam bilik ini aje. Saya takkan buka mulut pun.” Ucap Dalia sambil membuat isyarat menzip mulutnya. Hady tergelak kecil melihatnya yang serba kalut. Dalia hairan. Takkanlah tuan dah tak betul kot lepas gaduh tadi.

“It’s okay. Saya percayakan awak. Nantilah saya check balik kertas kerja tu. Terima kasih.” Dalia senyum. Mesti tuan tengah serabut. Masalah rumah tangga, kerja pejabat yang tak habis-habis...

“Kalau begitu, saya keluar sambung kerja dulu.” Dia minta izin. Ya ALLAH, tabahkanlah hati tuan Hady...



post signature

Monday, March 18, 2013

Bab 16

DUA minggu yang menenangkan buat Dalia. Walaupun tidak begitu indah setiap hari. Dalia bersyukur. Harinya berjalan dengan lancar. Rutinnya setiap hari yang senada dan sama sahaja. Bekerja, pulang ke rumah dan begitulah seterusnya. Tiada warna yang berbeza, juga tiada corak yang tercipta. Kelihatan bosan, namun Dalia lebih bahagia begitu.

Dia pandang kalendar di atas meja. Tarikh 12 haribulan yang ditanda dan dibulatkan dengan marker biru. Sepatutnya, esok dia akan ditunangkan dengan Zarif. Ternyata, perancangan DIA tidak sama dengan manusia. Takdir tertulis hari bahagia untuk Dalia belum tiba. Dia redha untuk itu.

Hubungannya dengan mama masih beku, namun lebih baik daripada sebelumnya. Berbagai cara Dalia cuba, mama tetap juga melancarkan perang dingin dengannya. Sudahnya, Dalia kini bagaikan menumpang di rumah sendiri. Cuma abah yang faham perasaan Dalia. Dan Iyris, mereka langsung tidak berbicara.

Dalia buntu juga memikirkan cara untuk berbaik-baik dengan Iyris. Iyalah, air yang dicincang takkan putus. Iyris itu darah dagingnya. Sampai bila mereka perlu begitu. Bukankah sekarang sudah adil? Zarif kembali menjadi milik Iyris sepenuhnya. Dan Dalia, cuba meneruskan hidup seperti biasa. Seolah kisah yang lalu tidak langsung menjadi kudis buatnya.

Kehadiran Nadya secara tiba-tiba, ketika Encik Hadi berurusan di luar pejabat adalah perkara biasa. Jam di tangan belum lagi menunjukkan pukul 1 tengah hari tetapi kelihatan temannya sudah pun menggalas Chanel pemberian tunangnya ke bahu.

“Jom, lunch. Aku dah lapar gila ni. Kejap lagi Lily join sekali.” Ajak Nadya.

“Kau ni, agak-agak la. Belum pukul 1 lagi dah nak keluar?”

“Nanti jalan-jalan, turun lif, dah pun pukul 1.” Nadya beralasan sambil membetulkan kurung cotton yang dipakainya.

“Mengada lah kau ni. Mentang-mentang Encik Hadi takde, kau nak curi tulang ye? Aku report karang, baru padan muka.” Dalia buat-buat ugut Nadya yang langsung tak tunjuk muka cuak.

“Macamlah aku kisah. Kau takkan buat camtu punya. Eh Dalia, alang-alang kita bercakap fasal Encik Hadi ni kan, kau tau tak satu gosip? Mestilah kau tahu sebab kau kan paling rapat dengan Encik Hadi kat jabatan ni.” Nadya bersuara perlahan sambil buat muka saspen.

“Ish, kau ni. Tak habis-habis dengan gosip. Kalau benda tu tak betul, kan jatuh kepada menfitnah nanti.”

“Ni benda betullah. Aku dengar daripada mulut Milya. Katanya, hari itu terserempak dengan Encik Hadi dan isteri dia dekat depan makhamah syariah. Kebetulan Milya ke sana nak jemput adik ipar dia yang bekerja kat situ.”

“So?” Semerta Dalia terbayang wajah Encik Hadi yang sugul semenjak dua ini. Takkanlah kot..

“Kau agak-agak? Menurut sumber-sumber tertentu, mereka dalam proses nak berpisah. Aku harap mereka tak bercerailah. Kesian anak Encik Hadi yang comel tu.” Terbayang wajah comel Mikail yang pernah Encik Hadi bawa bersama semasa majlis makan malam beberapa bulan yang lalu. Juga isterinya, Maya yang sangat cantik. Dalia sendiri pun tak dapat melarikan pandangan matanya bila melihat keayuan dan kejelitaan isteri Encik Hadi. Mereka cukup sepadan bersama.

“Mulut kau ni celupar lah. Ada pulak cakap macam tu. Itu semua gosip aje. Tak baiklah. Apa salahnya kita mendoakan yang baik-baik aje untuk Encik Hadi?” Bantah Dalia tidak senang. “Lagi satu, janganlah cepat sangat percaya pada sumber yang belum tentu sahihnya. Kalau nak buat asignment, setakat sumber macam ni tak diiktiraf sebagai ilmiah tau?”

Nadya ketawa. Bersungguh benar Dalia. “Bela bos nampak?”

“Mana ada bela. Aku beritahu benda yang betul kan?”

“Aik, macam marah aje bunyinya?” Usik Nadya lagi.

“Apa lah yang kau merepek ni?”

Nadya ketawa jahat. Lily yang baru tiba terpinga-pinga.

“Kenapa dengan kau ni Nadya? Ada benda kelakar ke? Share la dengan aku. Nak gelak jugak..”

Lalu Nadya bercerita balik kembali perbualannya dengan Dalia tadi. Sikit pun tak tinggal. Bersungguh benar nampaknya. Malas turut serta dengan aktiviti sampingan Nadya dan Lily, Dalia menyusun kertas kerja yang baru difotokopi tadi. Kertas kerja itu akan diperiksa oleh Encik Hadi petang nanti. Untuk itu, dia perlu bersiap sedia. Takut perangai kalutnya datang. Lagipun, dia perasan mood Encik Hadi lain sikit sejak beberapa hari ini. Dalia tidak mahu kalau kelalaiannya nanti boleh mengundang letupan gunung berapi.

Sedang dia melaksanakan kerja, telefon bimbitnya bergetar menandakan isyarat mesej yang masuk ke dalam kotak pesanan. Ada satu mesej daripada nombor yang tidak dia kenali.

I’ll pick u up in 5 minutes. Don’t be late! T.A

Tengok sekilas mesej itu Dalia sudah tahu siapa pengirimnya. Dia mencebik. Kacau sudah ketenangan hidup aku. Ingatkan dua minggu menghilang, Tengku Adrian akan lupa kewujudan aku buat selama-lamanya. Tapi tidak, dia dah kembali!

“Lia, jomlah lunch.” Ajak Lily pada Dalia yang asyik merenung telefon di tangan. Kasihan temannya itu. Putus di saat hari bahagia bakal tiba. Bukan dia tidak tahu betapa Dalia sayangkan Zarif. Sudahnya, Dalia khabarkan hubungan mereka sudah berakhir. Lily tidak sampai hati mahu bertanya dengan lebih lanjut. Bimbang Dalia lebih terluka. Bila Dalia bersedia, sudah tentu dia akan luahkan padanya dan Nadya. Mereka teman baik dan akan sentiasa berada di samping Dalia.

“Er.. sorry. Aku ada hal. Tak dapat join lunch dengan korang. Next time ya?”

Lily angkat kening. Nadya bercekak pinggang.

“Hal apa ni? Jangan nak rahsia-rahsia.” Nadya pandang wajah Dalia mohon penjelasan.

“Ada lah. Urusan keluarga.” Dia berdalih. Urusan keluarga lah sangat!

“Okaylah kalau macam tu. Apa-apa hal let us know, okay?”

Dalia angguk. Nadya dan Lily pun berlalu. Jalan-jalan cari makan untuk isi perut yang berdendang lagu rock kapak.

***********************

Sebuah Jaguar XF hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Sangat mewah mencerminkan peribadi si pemilik. Cermin kereta diturunkan. Terpacul muka Tengku Adrian. Dia mengarahkan Dalia segera masuk ke dalam kereta. Dalia lihat dulu sekeliling. Takut ada mata-mata yang memerhati. Tak fasal-fasal dia pun jadi bahan gosip di pejabat.

Dalia ragu-ragu sebenarnya. Mewah sangat kereta Tengku Adrian, rasa macam dalam mimpi pun ada bila dapat melabuhkan punggung ke atas tempat duduk di sebelah pemandu. Sangat lembut dan selesa.

“Kenapa?” Tanya Dalia sebaik sahaja dia menutup pintu kereta. Fikirnya, Tengku Adrian ada benda yang ingin dibincangkan dengannya. Pembatalan kontrak bodoh itu terutamanya. Alih-alih, Tengku Adrian tekan minyak dan bergerak ke destinasi yang tidak diketahui.

“Nak ke mana ni?” Dalia cemas. Waktu rehat cuma sejam. Mana pula Tengku Adrian mahu bawa dia?

“Ikut ajelah. Jangan banyak cakap. I’m your boss, right?” Bos aku cuma Encik Hadi seorang sahaja, okay? Dalia ikut sahaja walau hatinya sebal. Iyalah, takkan dia mahu terjun keluar daripada kereta ini pula kan?
Sudahnya, dia tutup mulut. Menikmati pemanduan Tengku Adrian yang laju macam pelesit. Tak boleh ke bawa dengan berhemah? Macamlah jalan ini dia yang punya.

Tak sampai 10 minit, mereka tiba di sebuah hotel. Dalia menurut sahaja Tengku Adrian yang berjalan menuju ke arah lounge hotel tersebut. Seorang pelayan lelaki membawa mereka ke sebuah meja di suatu sudut.

“Sit down.” Arah Tengku Adrian sambil menarik kerusi buat Dalia. Nampak gaya romantis habis tapi Dalia sebenarnya masih keliru. Apa pula motif lelaki ini? Dalia labuhkan duduknya. Tengku Adrian mengambil tempat di depannya.

“Apa semua ni?” Soal Dalia selepas pesanan diambil pelayan. Dan tentunya mengikut selera Tengku Adrian.

“Lunch.”

“Mesti ada sesuatu, kan? Apa motif awak sebenarnya?” Dalia pandang Tengku Adrian yang menongkat dagu, juga memandang ke arahnya. Persis orang angau bercinta.

“Nothing.”

“Awak nak main-mainkan saya?” Tengku Adrian menidakkan. Dalia tilik muka lelaki itu. Kalaulah rambutnya tidak menutupi dahi... “Kontrak dah tamat, kan? So, saya nak balik sekarang.”

“Wait a minute. Why so serious? And for your information, kontrak masih sah.”

Dalia tidak percaya. Tempoh dua minggu sudah cukup untuk memulihkan luka pada dahi Tengku Adrian.

“Apa maksud awak?”

“Don’t you remember? Selagi parut atas dahi I tak hilang, you’re still mine.” Mengarut!

“Jangan nak merepek. Kontrak awak memang tak boleh pakai.”

“Whatever. You dah sign kan?”

“Habis tu, kalau seumur hidup parut tak hilang, selama itu juga lah saya nak kena ikut cakap awak? Oh please, la...”

“Kalau itu takdirnya...” Tengku Adrian balas selamba. Dalam hati, nak ketawa pun ada. Nasib baik dia buat muka keras takde perasaan. Demi matlamatnya, perasaan Dalia ditolak ke tepi.

Dalia sudah tidak selesa. Dia perasan ada beberapa pasang mata merenungnya dengan pandangan yang sukar dimengerti. Mungkin hairan bagaimana perempuan biasa sepertinya boleh duduk semeja dengan Tengku Adrian yang sekali pandang pun sudah tahu jenis yang macam mana. Ada rupa, ada harta.

“Makanlah.” Pelawa Tengku Adrian bila dilihat Dalia masih kosong pandangannya. ”Tak payahlah nak fikir yang bukan-bukan. Mulai hari ini dan seterusnya you akan temankan I makan. Tak kiralah, lunch or dinner.” Beritahu Tengku Adrian sambil menyuapkan potongan stik yang lembut dan gebu ke dalam mulutnya. Hurm, nikmat tak terkata...

“Why? You don’t own me!” Balas Dalia geram. Sakit hati bila hidupnya diatur-atur. Menyesal gila bertemu lelaki seperti Tengku Adrian. Malang sungguh.

“Which one is better? You nak datang ke rumah I or just temankan I, macam sekarang?”

Memanglah pilihan kedua itu jauh lebih baik daripada yang pertama, tapi dia tidak suka bila tersepit dengan Tengku Adrian. Dia memang berterima kasih di atas ‘pertolongan ikhlas’ Tengku Adrian terhadapnya dulu, tapi sudah terang lagi nyata lelaki itu memang sedang mengambil kesempatan terhadapnya.

“Kenapa saya?” Dalia masih tak puas hati.

“I already told you before. Nak I ulang berapa kali lagi? Stop whinning and eat your lunch.” Tegas bunyi nada itu. Dalia ketap bibir. Tengku Adrian memang dah tak siuman!



post signature

Wednesday, March 13, 2013

Bab 15

PETI ais dibuka bagi mencari bahan untuk dimasak. Tengku Adrian memang buat dia seperti orang gaji. Siap order menu mengalahkan makan kat restoren. Kan senang kalau aku bawak aje dia ke kedai. Nak melantak gajah rimau pun takpe, tak kisah. Ni, sengaja menyusahkan aku nak makan itu ini. Macamlah aku ni tukang masak kat hotel. Eii, susah betul bila dah termakan budi + kena ugut lagi. Apa, otak dia dah mereng ke lepas kena belasah? Itu yang jadi minta benda yang bukan-bukan... Sabar ajelah...

Dalam mulutnya mengomel tak puas hati, Dalia keluarkan juga ayam seekor. Dalam kepala dah set nak masak apa untuk tuan raja seorang tu. Tadi, Tengku Adrian demand nak makan nasi beriani lah, ikan siakap tiga rasa lah, gulai ikan masin dengan nenas lah, puding karamel lah. Pelbagai jenis termasuklah yang tak pernah Dalia dengar, lihat dan rasa. Tapi, bila bukak peti ais dan godek-godek kabinet dapur, satu bahan pun takde untuk merealisasikan resepi impian orang yang sakit tu. Entah apa-apa lah Tengku Adrian ni. Dah tahu barang dapur banyak yang tiada, lagi mahu minta macam-macam. Dia fikir, Dalia ada poket Doraemon barangkali?

Last-last, dia cuma boleh sediakan ayam masak kicap dengan telur dadar sahaja. Tu pun nasib baik sebab bahan-bahan nak memasak di dalam dapur mewah Tengku Adrian sangat limited. Takde apa pun. Kalau tak puas hati juga, Dalia peduli apa. Dia pun tak selesa berdua-duaan dengan Tengku Adrian dalam kondo itu.

Tak sampai sejam, dua hidangan istimewa itu siap terhidang di atas meja makan. Dan-dan saja Tengku Adrian muncul dengan T-shirt putih dan seluar pendek bawah lutut. Rambutnya nampak basah. Dia tarik kerusi. Dan duduk diam memandang Dalia yang seperti bersiap-siap untuk pulang. Almaklumlah, hutang dah setel.

“Nak pergi mana?” Tanya Tengku Adrian sambil mengisi nasi ke dalam pinggan.

“Baliklah. Dah siap masak untuk awak, kan?” Beritahunya.

“Siapa cakap you boleh balik? By the way, I tak expect pun you masak simple macam ni? Mana menu yang I minta tadi?”

Ek eleh.. Mengada betullah dia ni. Kenapa lah aku boleh terjebak dengan makhluk yang bernama Tengku Adrian??

“Tengku Adrian, barang dapur rumah awak tak cukup. Nasib ada ayam, telur, kicap, bawang putih, bawang merah, cili dan beras. Kalau tak, saya ingat nak masakkan bubur nasi aje tadi.” Balas Dalia geram. Tengku Adrian buat tak tahu. Mulutnya asyik mengunyah, itu yang diam tak berbalas gamaknya.

“Saya balik dulu.”

“Stop there.” Halang Tengku Adrian.

“Kenapa pulak?” Langkahnya mati. Dia pelik.

“Siapa suruh you balik? Nanti, I dah siap makan, siapa yang nak kemaskan semua ini?”

Ya Allah, apa jenis manusia ni? Basuh pinggan pun berkira?
“Takkanlah saya juga yang kena buat semua tu?”

“Itukan kerja orang perempuan.” Balas Tengku Adrian sambil meneguk jus oren yang disediakan oleh Dalia. Matanya tajam merenung Dalia yang memang tidak puas hati.

“Kenapa awak buat saya macam ini?” Dan Dalia, kenapa mesti kau ikut segala telunjuk dia?

“Simple. Satu, I dah selamatkan you daripada bertunang dengan kekasih adik sendiri. Dua, I dah selamatkan you daripada penjahat. Dan ketiga, sebab you tak nak gambar-gambar tu tersebar.” Beritahu Tengku Adrian selamba tanpa sebarang perasaan. Nasi dia tambah lagi sekali. Perut dah lapar, masak ringkas begini pun jadi best. Kalau kat villa, mahu mengamuk mama kalau ada dua lauk begini aje atas meja. Prinsip mama, jangan kedekut nak hidangkan makanan buat keluarga. Mahal tak apa.

Wajah Dalia merah walaupun bahang aircond terasa memenuhi segenap ruang. Ini semua mengarut! Kalau tak ikhlas, buat apa sibuk tolong aku? Dah pasti, memang ada sebab di sebalik semua pertolongan dia selama ini. Eii, bencinya aku!

“Marah?”

“Should I?”

Tengku Adrian angkat bahu.

“Sudahlah. You better get out of my sight. Nak makan pun tak senang. Why don’t you pergi buat laundry. Pakaian I banyak yang tak berbasuh. Lucky I met you. Kebetulan I pun memang tak ada maid sekarang. So, sesuai sangatlah tu.”

Tengku Adriaaannnnn!!! Tempik Dalia penuh perasaan. Tapi sayang, cuma berbuku dalam hati. Nasib baik tak keluar asap ikut telinga.


*************************************

“Nah, sign kontrak ni.”

Tengku Adrian hulur satu kertas A4 yang telah siap bertaip. Kontrak apa pulak?

“Untuk apa?” Balas Dalia yang sedang susun majalah atas meja selepas siap basuhkan pakaian Tengku Adrian. See, dia memang dah macam maid Tengku Adrian. Bezanya, tak dapat gaji.

“So, you tak lari daripada I.”

Dalia mencebik.

“Saya ni bukannya maid dari Indonesia, okay?”

“I tak cakap pun. Dah, sign cepat.”

Ish, macam kanak-kanak ribena la pulak mamat ni. Suka hati aku lah! Tapi, dia sambut juga huluran Tengku Adrian. Bila masa la pula dia buat kontrak ni? Dia baca baris-baris ayat pada kertas itu.


Kontrak Sebagai Maid Tengku Adrian

1. Mesti datang bila dipanggil. Tak kira hari dan waktu. As long as Tengku Adrian call, datang.

2. Mesti patuh dan tak boleh komplen. Tak puas hati cakap depan-depan.

3. Sebarang perintah tertakluk kepada mood Tengku Adrian.

4. Kontrak akan tamat bila parut atas dahi Tengku Adrian hilang sepenuhnya. Langsung tiada bekas.

5. Sekiranya syarat 1,2 dan 3 dilanggar, Tengku Adrian berhak untuk buat apa sahaja.



Nak ketawa pun ada. Nak marah pun ada. Nak ketuk dahi Tengku Adrian dengan pasu bunga tu pun ada. Biar berdarah. Biar dia tahu betapa sakitnya hati aku saat ini. Childish!

“Awak ni memang takde hati perut ya? Suka ambil kesempatan. Awak ingat kerja saya goyang kaki 24 jam semata-mata nak tunggu awak? Awak ingat saya takde benda lain ke nak buat?”

“Life is cruel. You have to obey the rules.”

“Peraturan apa macam ni? Tak logik langsung.” Bidasnya geram. Dia bukan dah macam orang gaji, tetapi ala-ala nak jadi hamba Tengku Adrian pun ada. Kalau nak tunggu parut atas dahi dia hilang sepenuhnya, sampai ke tua pun belum tentu. Sah-sah nak ambil kesempatan ni.

“Okay. Tell me, apa yang you tak puas hati?”

“Everything. Saya benci dengan semua yang awak taip ni.”

“So, you pilih untuk semua gambar tu tersebar la? I dapat tahu yang adik you tu model yang tengah meningkat naik. You nak ke karier dia jatuh sebab you ni pentingkan diri sendiri?” Tengku Adrian senyum sumbing.

Pentingkan diri sendiri? Ya, kalau aku pentingkan diri sendiri, dah lama aku pejam mata dan teruskan pertunangan dengan Zarif. Kalau aku pentingkan diri sendiri, aku takkan mengalah dalam hubungan dengan Zarif. Dan kalau aku memang pentingkan diri sendiri, aku lari aje tinggalkan Tengku Adrian masa dia kena belasah hari tu. Biar dia pengsan situ sorang-sorang. Tengku Adrian memang psiko.

“I think you setuju lah tu. So, sign here.” Tengku Adrian hulur pen hitam dakwat cair.

“Still..”

“Tak susah pun apa yang you perlu buat, kan? Don’t waste my time. Sign here.”

Mahu tak mahu, pen hitam itu menari jua di atas kertas putih. Kerana orang yang menghancurkan hatinya, Dalia berkorban sekali lagi untuk mereka. Argh, Tengku Adrian memang kejam!


post signature