DALIA berjalan menuju ke lif ke
pejabat. Kelihatan sudah ramai pekerja Suria Holdings berpusu-pusu untuk masuk
ke jabatan masing-masing selepas waktu rehat hampir berakhir. Dalia sempat
berbalas senyuman dengan beberapa wajah yang dia kenali. Lif yang penuh
menyebabkan dia terpaksa tunggu seketika untuk naik ke tingkat 6.
Teringat kembali peristiwa dia makan tengah hari
dengan Tengku Adrian tadi. Tanpa dia sedari, ada satu perasaan halus yang
menyelinap ke dalam hati. Dia tidak tahu tapi perasaan itu... Ah, sukar untuk
dia jelaskan. Apa yang penting, Dalia tetap tidak berpuas hati dengan Tengku
Adrian dan sikap bossy nya itu. Selamba buat keputusan yang tidak masuk akal. Dan
Dalia pun, lembik sangat nak melawan. Oh lupa! Bukankah Tengku Adrian ugut nak
sebarkan gambar mesra Iyris dan Zarif?
Dalia perhatikan Tengku Adrian yang memotong stik di
pinggan. Nampak santai dan penuh bersahaja. Sedangkan Dalia terkial-kial mahu
potong sekeping daging yang terhidang di depannya. Macamlah takde menu lain
yang nak dipesan. Balik-balik, western food juga yang dipilihnya. Dan Dalia
memang tiada pilihan waktu itu. Lagipun, dia mana biasa makan makanan sebegitu.
Tekak Melayulah katakan. Nama aje tinggal di Kuala Lumpur, kota metropolitan.
Tapi dirinya kadang-kadang, macam rusa masuk kampung pun ada.
Tengku Adrian perhatikan dia seketika. Tanpa banyak
bicara, Tengku Adrian tarik pinggannya. Dalia terkedu sebenarnya. Tengku Adrian
dengan kacaknya memotong kepingan daging yang dimasak sempurna menjadi potongan
yang kecil. Sesuai sekali sumbat terus masuk ke dalam mulut. Dalia kusyuk
memerhati. Tak sangka kalau Tengku Adrian akan bertindak sebegitu. Persis
sekali lelaki idaman Malaya. Tadi bukan main macam marah aku aje sebab tanya
benda yang sama...
“Makanlah.” Suruh Tengku Adrian sambil tolak kembali
pinggan ke arahnya. “Thank you.” Sindir Tengku Adrian menyedarkan Dalia. Ceh,
nampak sangat tak ikhlas...
“Terima kasih.” Ucap Dalia. Tangannya mula mencucuk
potongan daging yang dilimpahi black pepper sauce ke dalam mulut. Hmm,
bolehlah...
“This is the best steak in the town. I know, people
tend to eat this during dinner time but, I couldn’t help myself. Lama gila
teringin nak makan.” Beritahu Tengku Adrian walaupun Dalia langsung tak tanya.
Lantaklah nak makan waktu sarapan sekalipun, ada aku kisah? “Atau you nak order
yang lain?”
“Tak.” Baru sekarang nak tanya? Time ambil order tadi
tak nak tanya pulak?
“You kerja dah berapa lama kat Suria Holdings?” Tengku
Adrian tiba-tiba buat sesi temuduga.
“Motif awak bertanya?” Laju saja mulutnya menyoal
kembali.
“Tiada motiflah. Saja nak tahu. Tak nak cakap pun
takpe. Tak kisah.” Balas Tengku Adrian. Dalia rasa macam Tengku Adrian
saja-saja nak mainkan dia.
“Hari itu masa awak upah private investigator untuk
siasat fasal Zarif, takkanlah dia tak siasat sekali fasal background saya?”
“Excuse me, fasal you tak masuk list. Bukan
kepentingan utama.” Gelak Tengku Adrian memenuhi lounge yang tenang. Selamba badak
macam hotel ni dia punya. Tak kelakar pun!
“Awak ni, berdendam dengan Zarif ke?” Tanya Dalia
ikhlas dari hati. Dia masih diselubungi misteri dengan budi yang ditabur oleh
lelaki yang tidak pernah dia mimpi untuk berada dekat. Lagipun, pertemuan
pertama mereka penuh dengan adegan panas lagi memalukan. Terlayar balik
bagaimana Tengku Adrian menjerkahnya di khalayak ramai dulu. Jauh benar dengan
imejnya sekarang yang nampak seperti seorang lelaki yang mudah didekati.
“Why?”
“Awak tahu kenapa. Awak muncul tiba-tiba di depan saya
dan bentangkan segala kebenaran yang tak mungkin saya akan tahu, at least dalam
masa yang terdekat itu. Dan tentulah saya nak tahu sebab apa.”
“Biarlah rahsia. Yang penting you dah tahu siapa yang
betul-betul lelaki itu cintai.”
Ayat terakhir Tengku Adrian benar-benar menghenyaknya.
Ya, itu memang kenyataan yang dia hadapi kini. Dia tahu siapa yang benar-benar
Zarif cintai. Aduhai, dia tak mahu ingat lagi kisah dulu. Kenapa perlu hari ini
terungkit lagi. Cukup sudah!
Tiba-tiba sahaja Dalia teringat peristiwa di mall,
kali kedua dia bertemu dengan Tengku Adrian. Hatinya digeletek dengan perasaan
ingin tahu yang membuak-buak. Macam maggi kari yang menggelegak di dalam periuk
di atas dapur gas.
“Next question?” Eh, Tengku Adrian ni membela ke?
Macam tahu-tahu aje... Dalia tayang muka tidak berminat. “I tahu banyak benda
yang you teringin nak tahu. Spill it out, sementara I masih ada mood nak
melayan soalan you.” Ceewah, dah macam artis pun ada.
Gadis manis berbaju kurung itu buat-buat berfikir. “Hari
itu, masa dekat Butik Qaseh...” Wajah Tengku Adrian dia pandang. Cuba melihat
kalau lelaki itu terkesan dengan kata-katanya, namun langsung tiada. Tengku
Adrian tetap juga dengan selambanya.
“Kenapa?”
“Kenapa mesti awak gunakan saya untuk erm.. buatkan
model tu pergi begitu aje? Sedangkan kita tak kenal pun.”
“Model?”
“Maksud saya Tiara.”
“You kenal ke dia?”
“La, dia kan model terkenal Malaysia. Tipulah kalau
saya cakap tak kenal.” Dalam televisyen, majalah semuanya ada paparkan muka
Tiara. Takkanlah tak kenal juga.
“Betul jugak. So?”
“Ermm, kenapa awak cakap macam tu pada dia? Lepas tu
gunakan saya pulak.”
“Cakap apa?”
“Ala, takkan dah lupa.” Ucap Dalia sambil cucuk-cucuk
stik dengan garpu, ibarat dia sedang ketuk-ketuk kepala Tengku Adrian supaya ingat
balik.
“Benda dah lepas, takkan semua I boleh ingat.”
Eleh, tipu kot. Aku boleh aje ingat satu-satu. Tengku
Adrian tiba-tiba tarik lengan aku dan bagitahu pada Tiara yang aku ni...Erm..
Alah, segan pulak nak cakap..
“Alah, yang awak cakap...”
“Kenapa you busy body sangat?”
Dalia mencebik dalam diam. Perasan. “Bila pulak? Saja
nak tahu, tak boleh?” Of course la kena ambil tahu sebab khidmat aku Tengku
Adrian gunakan dulu. Kalau tak, takkanlah sampai Tiara tu boleh berubah air
mukanya. Entah-entah, bekas kekasih kut...
“Ada tulis ke dalam kontrak you kena ambil tahu fasal
I?” Mahu pitam Dalia dengan perangai berlagak Tengku Adrian yang muncul tak
kena masa.
“Fine.” Balas Dalia kembali. Satu potong daging
dimasukkan ke dalam mulutnya. Hmm, janganlah petang karang darah naik. Satu,
sebab makan daging sebesar tapak tangan ni. Kedua, sebab terlayan tengku kat
depan ni.
“By the way, your sister must be very lucky to have someone
like you.” Tiba-tiba Tengku Adrian bersuara setelah mereka diam melayan nafsu makan.
Dalia dapat meneka maksud di sebalik kata-kata
tersebut. Wajahnya panas tidak diduga. Cepat benar dia terasa walau dengan ayat mudah seperti itu.
“So?”
“So, dia beruntunglah.”
“Bukan hal awak pun.” Ujar Dalia perlahan.
“I kasihan kan you. Tak patut dia buat macam tu.”
Faham akan maksud Tengku Adrian, Dalia rasa seleranya
yang tidak berapa nak ada sejak keluar dengan lelaki itu tadi langsung patah.
Kata aku busy body, perangai dia dah macam mamat kepochi! “You should thanked
me. At least I save your life. Not once but twice.” Penuh gaya, mutu dan
keunggulan sekali lagaknya. Eii, apalah masalah lelaki di depannya ni??
“Tiada kaitan dengan awak, kenapa mesti nak sibuk
ambil tahu?”
“Just because I am curious. That’s it.”
“Bukan ada tertulis dalam kontrak pun.” Tengku Adrian
meledakkan ketawa. Balas balik nampak?
“Alright. I takkan sentuh fasal tu lagi.”
Baik dia diam. Dengan itu mungkin lelaki yang memakai
kemeja biru yang disinsingkan lengannya di depan tidak akan berkata-kata lagi.
Dalia pening mahu layan cakapnya yang kadang-kadang macam memperlekehkan orang
pun ada. Sekali sekala dia melayan juga perbualan entah apa-apa dengan Tengku
Adrian. Kira-kira 40 minit di situ, Tengku Adrian akhirnya menghantar Dalia
pulang semula ke pejabat.
Melalui interkom, Dalia dipanggil oleh Encik Hady
seusai sahaja bosnya itu berurusan dengan seorang wakil syarikat tempatan
berhubung dengan projek usaha sama yang sedang dijalankan. Dalia segera ke
bilik yang tidak sampai sepuluh kaki pun daripada mejanya. Fail kertas kerja,
sebatang pen dan buku nota dibawa bersama.
“Duduklah dulu.” Pelawa Hady sambil melonggarkan
belitan tali lehernya. Dalia segera mengambil tempat. Wajah ketuanya itu tetap
nampak kusut meskipun gayanya kelihatan tenang sahaja.
“Tuan tak sihat?” Dalia bertanya pabila melihat Hady
memicitkan kepalanya.
“Saya okay, cuma pening sikit.” Beritahu Hady. Dalia
faham. Ketuanya itu terlalu sibuk dengan bermacam urusan sehinggakan kadang
kala hanya beberapa jam sahaja berada di pejabat. Kebanyakan waktu yang lain, berkejar
bertemu klien dan mesyuarat di sana sini. Nasiblah Dalia sudah terbiasa dan
mampu menjalankan kerjanya meskipun tanpa lelaki itu.
“Saya ambilkan ubat ya.” Beritahu Dalia sebelum
meminta izin untuk keluar. Dia segera mencari kotak first aid namun tiada
dijumpai. Lantas, Dalia teringat akan beberapa papan panadol di dalam tas
tangannya. Tadi, dia perasan kalau air mineral di dalam bilik Encik Hady masih
belum terusik. Lantas, langkah kaki laju dihayun terus ke bilik itu.
“Apa hal sekali pun, I akan tetap jaga Mikail. Selepas
apa yang you buat selama ini, I tak rasa you layak pun untuk menjaga dan
mendidik Mikail. Yes, you memang ibu dia. Tapi, pernah ke you jalankan
tanggungjawab you?” Keras suara Hady yang berbual di talian. Dalia yang sudah
pun masuk ke dalam bilik itu terkaku. Memikirkan bahawa dia sudah tersilap
kerana masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu seperti biasa. Dia
berkira-kira ingin keluar namun, isyarat mata Hady yang memandangnya
menghalang. Sudahnya, Dalia berdiri di hujung bilik. Dengan harapan dia tidak
akan dituduh mencuri dengar perbualan peribadi itu. Walaupun memang jelas dia
mendengar segalanya.
“Stop lah Maya. I dah penat. Dan I tahu you pun sama.
Tak perlu kita nak berpura-pura lagi. You boleh balik kepada kekasih you tapi I
takkan benarkan you bawa Mikail. You nak ke hujung dunia sekali pun I don’t
give a damn but you are not allowed to bring Mikail! Fullstop.”
Dalia bagaikan tidak percaya dengan apa yang
didengarnya. Betullah agaknya cakap-cakap yang melanda jabatan sejak
kebelakangan ini berkenaan Encik Hady.
“Cukup-cukuplah call I. Apa hal sekali pun kita settle
kan aje kat makhamah. And one more thing, you tak perlu bimbang. I tahu macam
mana nak jaga Mikail dengan baik.” Ucap Hady sebelum menghempaskan ganggang
telefon. Seolah melepaskan sakit yang tersepit di dalam dadanya.
“Er... tuan. Ini ubat untuk legakan sakit kepala.”
Dalia hulurkan sepapan panadol. Dia perlu segera beredar dari situ. Encik Hady
perlukan masa untuk bersendirian.
“Thanks.” Ucapnya sambil menyambut pil tersebut. Kalaulah
panadol ini pun boleh hilangkan sakit di dalam dadanya...
“Saya keluar dulu, ya. Nanti, kalau tuan nak apa-apa,
panggil aje saya. Kertas kerja tu saya dah letakkan atas meja tuan.”
“Dalia...” Panggil Hady.
“Saya minta maaf. Tak sengaja terdengar perbualan.. eh
tak sengaja masuk dalam bilik tuan tanpa mengetuk pintu. Saya janji semua yang
berlaku setakat dalam bilik ini aje. Saya takkan buka mulut pun.” Ucap Dalia
sambil membuat isyarat menzip mulutnya. Hady tergelak kecil melihatnya yang
serba kalut. Dalia hairan. Takkanlah tuan dah tak betul kot lepas gaduh tadi.
“It’s okay. Saya percayakan awak. Nantilah saya check
balik kertas kerja tu. Terima kasih.” Dalia senyum. Mesti tuan tengah serabut.
Masalah rumah tangga, kerja pejabat yang tak habis-habis...
“Kalau begitu, saya keluar sambung kerja dulu.” Dia
minta izin. Ya ALLAH, tabahkanlah hati tuan Hady...